Untungnya guna template yang mobile friendly dan mesra SEO

Assalamualaikum wbt.


Entry kali ini Yana nak berkongsi sedikit akan kepentingan penggunaan template yang mobile friendly (responsive) dan mesra SEO. Yana pasti kebanyakan blogger biasanya mengerti akan apa itu blog mesra SEO. Semua blogger mengimpikan penggunaan template blog yang mesra SEO agar blog mereka berjaya menempatkan diri di tangga teratas di enjin carian. Penggunaan template yang mesra SEO bakal memudahkan enjin carian seperti Google menggelintar (crawl) blog dan website kita.

Image credit to business2community


Blog yang mobile friendly pula adalah sebuah blog atau website yang responsive kepada paparan pembacaan yang digunakan oleh pembaca. Misalnya pengguna yang selalu menggunakan gajet mereka seperti peranti iPhone atau Android untuk membuka laman web atau blog. Mereka akan mendapati laman web atau blog yang dibaca akan fit-to-screen paparan gajet mereka.


Terima kasih kepada SEO

Usia blog ini baru hanya setahun lebih sahaja. Yana mula serius membangunkan blog ini bermula pada tahun 2013 dengan domain blogspot. Namun En Hubby meyakinkan Yana untuk bertukar kepada domain dot com untuk boost ranking SEO dan dia juga meyakinkan Yana untuk bertukar kepada template yang lebih mesra SEO dan mobile friendly ini.

Besar juga perbezaan yang timbul jika menggunakan domain blogspot. Dulu blog ini hanya menerima sekitar 150-300 pageview setiap hari. Kalau cecah 500 tu kiranya dah sangat bagus. Namun dengan penggunaan domain dot com, blog ini mampu meraih kunjungan sehingga 3000 pageview sehari. Purata pageview blog ini kini adalah pada kadar 20-30 k pageview sebulan. Mungkin pada blogger lain mungkin angka ini ciput sahaja. Namun bagi saya yang berblogging secara suka-suka sambil menjadi surirumah, ianya sangat mengujakan.




Majoriti traffik blog ini dipacu dari enjin carian Google, ping service dari PingBusuk dan Blogr dan juga dari share di medan sosial seperti Facebook dan Google+.



Dapat 1st page di Google Search.

Bila Yana godek-godek blog di Google untuk belajar teknik SEO, banyak jugalah nama-nama besar yang muncul seperti Denai Hati, Hasrul Hassan dan lain-lain. Selalu la jugak tengok artikel yang mereka hasilkan muncul di 1st page Google menyebabkan munculnya impian untuk melihat blog yang berusia setahun jagung ini mampu berada ditahap mereka suatu hari nanti. 

Alhamdulillah kini dengan pengamalan beberapa teknik SEO, blog Eellee Beauty berjaya menempatkan diri di halaman pertama untuk beberapa keyword. Malah terdapat 3 keyword yang menunjukkan Eellee Beauty berada di tangga teratas di Google. Yeay!


BACA: Ruangan advertorial di Eellee Beauty kini DIBUKA!!!


1. Ranking pertama, Halaman pertama. 







2. Ranking kedua, Halaman pertama.






1. Ranking ketiga, Halaman pertama.











Mobile friendly

Blog Eellee Beauty kini menggunakan template yang mobile friendly yang mana akan responsive kepada apa saja paparan yang digunakan oleh anda seperti iPad, iPhone 6, atau peranti Android yang lain.




Berita baik kepada blogger yang menggunakan template mobile friendly ini kerana Google pada 21 April 2015 lalu mengisytiharkan laman mereka bakal mengalami kenaikan dalam indeks carian mobile di Google.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan di googlewebmastercentral, Google menyebut bahawa,

"As we noted earlier this year, today’s the day we begin globally rolling out our mobile-friendly update. We’re boosting the ranking of mobile-friendly pages on mobile search results. Now searchers can more easily find high-quality and relevant results where text is readable without tapping or zooming, tap targets are spaced appropriately, and the page avoids unplayable content or horizontal scrolling."


Mengikut statistik yang diberi oleh blogspot, jumlah pembaca Eellee Beauty sebanyak kira-kira 30% datangnya dari mobile reader yang terdiri daripada Android, iPhone dan iPad.




Tarikan dari statistik pengguna mobile ini amat tinggi sehinggakan Google Adsense turut meyediakan code iklan responsif bagi membolehkan iklan mereka diterbitkan untuk mobile user. Jadi, untuk blogger yang masih lagi menggunakan template yang lama, Yana mengesyorkan anda untuk menggunakan template yang dihasilkan oleh team templateism disini. Kebanyakan template yang mereka hasilkan memang mesra Seo dan responsive. 





2 comments.. read them below or add one

Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal 30 April 2015 1:51 PTG
Assalammualaikum...

best nyer .. template dah mesra seo dan responsif... Good Luck moga sukses dalam berblog k...

mselim3

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.