10 Idea Kreatif Simpan Mainan Anak Supaya Ibu Tak Meroyan Kemas Rumah

Bahagian yang paling penat sekali nak buat sebagai surirumah ialah kemas rumah. Bukan apa, lepas siap kemas cantik-cantik, anak-anak pula sepahkan mainan, Selalu peningkan rumah penuh bersepah dengan mainan anak-anak.
Idea Kreatif simpan mainan anak

Ini Yana kongsikan 10 idea kreatif macam mana nak simpan mainan anak-anak kita. Secara tak langsung, boleh menarik anak kita untuk mengemas sama.

1. Baldi


Beli baldi banyak-banyak dan susun ikut kreativiti ibu-ibu. Susun macam gambar kat bawah ini pun cun.

Susunan baldi yang kreatif dengan mainan anak-anak
2. Rak buku

Kalau ruang rumah kita luas, boleh gunakan idea ini. Nampak macam rak buku kan? Apa salahnya kita isikan dengan mainan anak-anak.

Rak yang comel untuk simpan mainan
3. Tayar terpakai

Tayar kereta yang tak nak guna tu, daripada buang kat kawasan sampah, apa kata golongan papa ambil masa kreatifkan diri buat tempat simpan mainan anak-anak.

Cat lawa-lawa & buat simpan mainan kat luar rumah
4. Penggantung Anak patung

Yang ni ibu-ibu boleh beli alat kat kedai DIY dan buat sendiri aje. Menarik dan kreatifkan gantung anak patung macam ni. Tak adalah bersepah nanti. 

Penggantung anak patung yang kreatif
5. Tempat simpan kasut

Biasanya kita simpan kasut. Apa kata kita ubah jadi tempat simpan mainan kecil-kecil. Nampak tersusun dan kemas kan?

Tempat simpan kasut jadi tempat simpan mainan kecik


BACA: Tips Mudah Buat Lantai Rumah Bersih & Berkilat


6. Fail yang ada page protector

Yang ni pun nampak lebih tersusun, Jangan lupa selitkan kertas instruction mainan, senang nak cari dan mudah aje jumpa kan?

Menarik & tersusun
7. Box


Yang ni boleh beli bayak-banyak box, dan asingkan permainan yang ada. Kalau anak nak main keluarkan satu box je, lepas 2,3 hari keluarkan box kedua pulak. Anak-anak akan rasa macam mainan baru je sebab lama tak nampak mainan tu. Nak asingkan box mengikut warna pun lagi menarik.

Setiap hari dapat main mainan baru

8. Bekas pensel

Selain simpan alat tulis anak, kotak pensel ni juga boleh digunakan untuk simpan mainan macam puzzle, flashcard dan lain-lain. Lebih tersusun dan kemas.

Kotak pensel untuk simpan puzzle & flashcard
9. Double tape

Double tape ni boleh buat line parking untuk letak basikal, kereta mainan anak-anak dan sebagainya. Nak latih anak kemas balik pun senang. Boleh guna double tap yang warna-warni untuk nampak lebih menarik.

Double Tape untuk ruangan parking kereta dan basikal mainan

10. Bawah katil

Tak nak bagi bilik tidur anak bersepah dengan mainan, ibu-ibu boleh sediakan kotak mainan di bawah katil anak. Senang, bila dah siap main, terus tarik kotak masuk bawah katil.

Kotak mainan bawah katil


Selamat mencuba! Semoga bermanfaat. 

Dah habis baca idea kreatif nak simpan mainan anak ni? Tunggu apa lagi! Jomlah kita kemas dan kreatifkan rumah kita.

Persekitaran yang bersih dan cantik dapat menghasilkan aura yang positif di rumah kita. Lagipun kebersihan itu sebahagian dari iman kan? Betul tak?

Sebelum entri ini berakhir, mari saya belanja kisah ibu yang supermom superb duperb buzy tapi masih mampu berbisnes.

Jom kita tonton video 2 minit ini. Rugi tau tak tengok.


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.