20 Ayat Power Untuk Sentapkan Surirumah

Siapa kat sini surirumah sepenuh masa? Cepat, angkat keyboard. Untuk yang jadi surirumah sepenuh masa, mesti dah biasa kan dengan 20 ayat power kat bawah ni. 



Inilah juga yang Yana alami semenjak mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan seterusnya hanya bekerja dari rumah sahaja.
Berikut Yana kongsikan ayat-ayat power yang mencegah telinga surirumah. Tapi awas, jangan pula kita sebutkan 20 ayat ni kat depan suriruamh pula. Kecik hati mereka. Jika ada tersebut, cepat-cepat pergi minta maaf ye.

  • Oh, awak tak kerja ye?
  • Buat rugi jela belajar tinggi-tinggi, last-last duk rumah je..
  • Awak luangkan masa sepenuhnya dengan budak-budak (anak-anak) ? Uh, tak dapat saya bayangkan macam mana keadaannya!
  • Banyak masa free tu, awak tak boring ke?
  • Mesti bestkan sebab tak payah pergi kerja!
  • Alahai, jelesnya saya. Kalaulah suami saya kaya, dah lama saya mintak berhenti kerja.
  • Oh, rasanya saya tak boleh kalau tak kerja. Takde ‘life’ rasanya nanti !
  • Abis tu, apa yang awak buat sepanjang hari?
  • Mesti best kan boleh lepak-lepak dengan kawan-kawan sebab tak kerja..
  • Tak pelikla kalau anak tu manja sangat, asyik berkepit je dengan mak dia.
  • Kalau awak tak kerja, mesti rumah awak sentiasa bersih dan kemas je kan? Yelah..orang tak kerja!
  • Memang patut pun awak tak kerja..
  • Memandangkan awak surirumah dan tak busy, boleh tak awak tolong saya buat …..?
  • Suami awak mesti kaya kan? Saya tak mampula camtu..
  • Baiknya suami awak bagi awak tak kerja kan! (suami dia tak baik ke?hihi)
  • Bila awak plan nak ada kerja tetap?
  • Patutla nampak awak ni macam tak reti bergaya je
  • Awak tak rasa membazir ke habiskan duit dan masa untuk buat degree dulu?
  • Kalau saya duk rumah, mesti rumah saya bersih je!
  • So.. awak ni jaga anak jela..

Alhamdulillah, ayat-ayat power ni sekarang hanya sekadar seperti angin sahaja buat Yana sekarang. Bagi Yana, ikutlah apa orang nak kata pasal kita, asalkan kita bahagia dengan hidup kita dan tidak menyusahkan orang lain.

Alhamdulillah, walaupun surirumah sepenuh masa, masa saya banyak terluang untuk keluarga. Nak beribadah pun tak perlu terburu-buru seperti zaman kerja dulu. Alhamdulillah, syukur, nikmat Allah yang tak terhingga.

CARA SYUKUR NIKMAT AGAR HATI BAHAGIA DAN TENANG

Ada beberapa tips yang Yana nak kongsikan pada semua, macam mana cara mudah dan simple untuk kita tunjukkan rasa syukur kita, supaya kita dapat maksimumkan kebahagiaan dan ketenangan yang kita nak capai.

Dalam video ni ada 3 tips istimewa berkaitan cara syukur nikmat dengan simple dan mudah, dengar betul-betul supaya semua rahsia tu tak terlepas dari genggaman anda!




So… the last but not least, kita kena tahu dan ingat bahawa…
  • Semua orang ada masalah dan ujian masing-masing
  • Tiada orang yang memperoleh apa yang dia miliki dengan mudah. Pasti ada cabaran yang mereka telah dan sedang hadapi.
  • Banyakkan bersyukur agar ditambahkan nikmat. Yakin bahawa rezeki tu milik Allah, dan Allah boleh beri pada sesiapa yang Dia mahu.
  • Mulakan untuk senaraikan sekurang-kurangnya 5 perkara yang anda syukuri setiap hari. Walaupun ianya sekecil-kecil perkara. Tuliskan dalam sebuah buku khas – Jurnal Kesyukuran anda.Selamat mencuba! Semoga bermanfaat. 

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.