5 Petua Mudah Hilangkan Jerawat & Parut Jerawat Supaya Muka Cantik Berseri

Sebut je jerawat, semua orang mesti akan tertekan dengan jerawat yang naik kat muka. Lagi tertekan bila jerawat tersebut meninggalkan parut yang hodoh. Macam-macam cara kita cari untuk hilangkan jerawat dan juga nak hilangkan parut jerawat.



Kali ini Yana nak kongsikan petua tradisional pula macam mana nak hilangkan parut jerawat dan juga hilangkan jerawat dengan mudah. Mungkin anda dah cuba macam-macam produk tapi tidak mendatangkan apa-apa perubahan.

Cara tradisional ini insyaallah berkesan dengan syarat semuanya kena rajin dan istiqomah.

Petuanya:
Bedak Sejuk

1. Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu.
Bawang putih

2. Bawang putih ni dikatakan mampu untuk merawat jerawat. Mungkin agak pedih dan menyakitkan. Gosok/ Sental bawang putih mentah ke bahagian yang terlibat beberapa kali sehari, ia dapat mengurangkan parut. Masalah jerawat yang kronik juga dapat disembuhkan menggunakan bawang putih.
Tomato

3. Tomato sangat terkenal untuk kecantikan kulit. Ia boleh digunakan untuk rawatan blackheads dan pori terbuka pada permukaan kulit. Belah tomato dan lumur/gosok pada muka, biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air. Rawatan ini sangat sesuai untuk orang yang muka berminyak.
Timun

4. Timun selalunya orang cicah dengan sambal sambil makan nasi lemak. Tapi kalau nak cantik bolehlah blendtimun sehingga hancur dan menjadi sebatian kemudian sapu di kawasan berjerawat. Biarkan selama 30 -45 minit kemudian bilas. Ini adalah cara termudah menghilangkan jerawat. Selain itu, kulit akan nampak lebih muda.
Kulit kayu manis

5. Ambil satu sudu besar madu dan sapu keseluruh bahagian muka, biarkan selama 20 minit. Cuci menggunakan air suam dan ulanginya setiap minggu. Hasil? Tiada lagi jerawat. Sebenarnya madu banyak khasiatnya, cara lain yang boleh anda cuba, ambil 3 sudu besar madu dan 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis. Gaulkan sebati dan tempek sebatian di jerawat sebelum tidur dan basuh esok pagi dengan air suam. Ulangi langkah selama 2 minggu, jerawat hilang selamanya.

Macam mana? Senang je kan nak hilangkan jerawat dan parut jerawat dengan petua mudah ini.

BACA: Cara Berkesan Buang Whitehead & Blackhead Supaya Suami Tak Berkelip Memandang

Dalam Shaklee juga ada jalan penyelesain untuk masalah jerawat dan parut jerawat ni. Alhamdulillah, ramai yang tampil dengan kulit lebih cantik, licin dan yang pastinya bebas parut jerawat. Bonus lain, kulit juga lebih cerah. Seronokkan dengar?

Bertuah sangat Cik Jan dalam video kat bawah ni, dulu jerawat seluruh muka sampai merah-merah dan terseksa selama 7 tahun. Uish, lama betul kan 7 tahun tu. Tapi, tengoklah rupanya sekarang. Ada kisah di sebalik jerawat beliau hilang. Jemput tonton.



Jerawat ni terjadi bukan sahaja disebabkan oleh sebum yang berlebihan, tetapi juga dipengaruhi oleh keadaan hormon yang tidak stabil, kekurangan zink dalam badan, faktor keturunan dan boleh jadi juga permukaan kulit yang terdedah kepada persekitaran kotor.

Persekitaran yang kotor boleh menyebabkan pembiakan bakteria di permukaan kulit dan kemudiannya boleh menimbulkan jerawat.

Jadi, macam mana nak hilangkan jerawat dengan Set Jerawat Shaklee?

 Disini, Yana cadangkan Set Jerawat Shaklee khusus untuk jerawat kronik.

Untuk yang ada masalah jerawat kronik, boleh ambil:

1. Vitamin C Sustained Release

Vitamin C membantu mengatasi kulit jerawat dengan 2 cara iaitu bertindak sebagai antioksidan dan menghasilkan sintesis kolagen.

Sebagai antioksida, vitamin C akan menghalang sebarang radikal bebas dan kekotoran dari merosakkan kulit. Disebabkan kulit terdedah kepada pencemaran, toksin dan juga bertindak sebagai pintu keluar bagi toksin, maka ianya perlu dilindungi secara konsisten.

Radikal bebas yang meningkat di kawasan kulit akan meningkatkan pengeluaran sebum dan akhirnya jerawat terjadi. Jadi, adalah penting untuk kita mengawal punca utama jerawat ini.

2. ESP (Energizing Soy Protein)
ESP adalah sumber protein dan diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP memang satu cadangan yang baik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. ESP diperlukan untuk merawat kulit yang rosak akibat dari jerawat.

3. Zinc Complex

Kajian menunjukkan orang yang kulitnya berjerawat mempunyai tahap zink yang lebih rendah berbanding orang yang tidak mempunyai jerawat. Zink boleh mengurangkan jerawat sebanyak 50%.

Zink boleh mengurangkan jumlah minyak semulajadi atau sebum yang dihasilkan dalam kulit. Ia juga boleh membantu menyembuhkan kulit yang rosak sekitar jerawat yang tidak berkembang.

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa timbulnya jerawat adalah disebabkan kurangnya zink dalam diet.

4. Garlic Complex
Petua tradisinal pun ada menyatakan bahawa bawang putih ni mampu merawat jerawat. Banyak kelebihan bawang putih ni. Kan best kalau boleh telan mentah-mentah bawang putih kat dapur tu kan? Jadi, penyelesain untuk yang tak boleh nak telan bawang putih raw ni adalah Garlic Complex.

Bawang putih cenderung untuk bertindak lebih baik pada bakteria jerawat dan mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak di mana pengeluaran minyak adalah berlebihan pada kulit yang berjerawat. Bawang putih adalah sumber antioksidan yang cepat dan powerful. Kesan ini boleh mengalang radikal bebas yang merosakkan sel kulit.

Bawang putih juga bertindak sebagai pencair darah kerana kandungan salisilat. Ini membolehkan aliran darah yang betul dan meningkatkan kesihatan peredaran darah.


4 comments.. read them below or add one

Cetusan Minda Cetusan Minda 1 Mei 2015 5:18 PTG
masa bebudak dulu , selalu juga pakai bedak sejuk ...
Eellee Nana Eellee Nana 7 Mei 2015 4:28 PTG
best kan pakai, sejuk je rasa muka :-)
Ummi Jual Vitamin Ummi Jual Vitamin 1 September 2015 11:01 PTG
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Hilangkan Jeragat.

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.