5 Petua Semulajadi Hilangkan Keputihan Semasa Hamil

Bila disahkan sahaja hamil, mula lah datang pelbagai masalah. Salah satu masalah di kalangan ibu hamil ialah keputihan ketika hamil ini.



Majoriti ibu hamil akan mengalami keputihan. Semakin menjadi-jadi pula keputihan ini. Hal ini menyebabkan ibu hamil berasa tidak selesa.

Jaga-jaga, keputihan ini jika tidak dirawat boleh memberi kesan kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan.

Berikut Yana kongsikan 5 petua semulajadi untuk hilangkan keputihan ketika  hamil.

Minum air kosong dengan banyak

1. Minum air kosong dengan banyak

Ibu hamil diharuskan minum 6-8 gelas air kosong setiap hari. Air kosong ini baik untuk buah pinggang ibu hamil. Selain itu, ibu hamil disarankan minum air kosong yang banyak untuk mengurangkan masalah keputihan ketika hamil ini.

Basuh dengan daun sireh

2. Basuh dengan air daun sireh

Petua ini memang mujarab. Orang tua-tua dahulu pun tahu khasiat daun sireh ini dalam merawat masalah keputihan. Sampaikan pada zaman sekarang majoriti feminine wash menggunakan ekstrak daun sireh.

Untuk membasmi kulat keputihan ini, caranya ambil 7 helai daun sireh dan basuh bersih-bersih. Kemudian, rebus dengan air. Setelah mendidih, biarkan suam dan jadikan air tadi sebagai basuhan faraj.

3. Lap faraj sehingga kering selepas membuang air

Salah satu kulat keputihan ini semakin menjadi-jadi ialah sifat kulat yang sukakan tempat yang lembab. Oleh itu, pastikan ibu-ibu hamil lap faraj sehingga kering selepas membuang air supaya kulat tidak dapat membiak dengan jayanya.

Kurangkan makan makanan manis

4. Kurangkan makan makanan manis

Semasa hamil ini, semua benda rasa nak makan. Tambah-tambah makanan yang manis-manis. Sesiapa yang ada masalah keputihan ketika hamil, kurangkan pengambilan makanan manis. Ini kerana gula putih adalah makanan kulat. Semakin banyak ibu hamil makan makanan yang manis, semakin banyaklah keputihan dan boleh membawa kepada keputihan yang lebih teruk lagi.

Amalkan makan yogurt asli, pastikan tiada gula!

5. Yogurt asli

Yogurt asli dikatakan mengandungi bakteria yang boleh membasmi kulat keputihan. Tapi, pastikan ibu hamil mengambil yogurt asli yang tidak mengandungi gula.

BACA: 5 Makanan Berkhasiat Semasa Hamil Supaya Ibu & Bayi Sentiasa Sihat


Selamat mencuba 5 petua semulajadi ini. Petua semulajadi ini tidak akan membahayakan ibu-ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan.

Semoga bermanfaat.


1 comment... add one now

suzana idris suzana idris 8 Mei 2017 1:26 PG
Bagus tips... terima kasih atas perkongsian yang berguna ini.

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.