6 Tips Ringankan Alahan Mengandung Supaya Badan Tak Lunyai

Siapa ibu-ibu kat sini ada alahan atau morning sickness semasa mengandung? Boleh dikatakan sebahagian besar ibu-ibu mengalami morning sickness atau alahan semasa mengandung ni. Ini adalah sebahagian daripada perkara normal yang akan dilalui oleh bakal ibu.


Mungkin ada sesetengah ibu-ibu yang bernasib baik langsung tidak mengalami sebarang alahan tetapi ada pula yang sampai perlu ditahan di wad hospital akibat mengalami dehidrasi teruk kerana muntah dan kehilangan banyak air dalam badan.

Walau bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang sedang mengalami keadaan ini jangan cepat hilang sabar. Kuatkan semangat demi zuriat tersayang yang sedang dikandung. Tanamkan dalam minda anda bahawa rasa tidak selesa alahan tersebut akan hilang. Tak lama, sekejap je.

Yana mengalami alahan mengandung ni bermula minggu ke 8 hinggalah minggu ke 17 baru lah berhenti alahan ini. Seksa rasanya. Setiap kali nak makan, rasa loya dan terus muntah.

Ini Yana kongsikan 6 tips untuk ringankan sedikit alahan atau morning sickness semasa mengandung ni. Mudah-mudahan tips ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu yang tengah hamil.

Loya dan muntah 

1. Jangan minum terlalu banyak

Kenapa jangan minum terlalu banyak air pula? Bukan ke minum banyak air terutama air masak sememangnya amalan hidup yang sihat. Ya, betul. Tapi semasa awal-awal mengandung ni, keinginan untuk minum air masak biasanya akan hilang.

Ada juga ibu-ibu yang termuntah atau langsung tidak boleh menelan air masak tersebut. Jangan risau tentang hal ini kerana ia akan kembali normal sebaik melepas fasa alahan. Sebaiknya minum air dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

2. Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak

Ada kalangan ibu hamil akan hilang selera makan tetapi ada pula yang semakin menjadi-jadi selera makannya. Semasa fasa awal jehamilan ini, selera makan Yana kurang. Tengok makanan je rasa lapar tapi bila nak makan, terus loya dan muntah.

Tidak kira sama ada anda berada dalam kategori hilang selera makan atau semakin berselera, ibu-ibu perlu amalkan pemakanan yang sihat dan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ia juga bagi membolehkan makanan mudah dihadam dan menghindarkan bakal mama daripada berasa mengah.

3. Amalkan minum teh halia

Rasa halia yang pedas dan hangat dapat mengurangkan rasa mual dan loya yang dialami oleh ibu hamil. Ibu-ibu boleh minum teh yang dicampur hirisan halia atau air suam dicampur halia bagi melegakan rasa loya.

Yang ni memang berkesan. Halia dapat melegakan rasa loya yang dialami.

Makan makanan yang berkhasiat

4. Elakkan Bangun Atau pergerakan Mengejut

Apabila hendak bangun daripada tidur, elakkan daripada bangun secara mengejut. Sebaiknya berbaring seketika bagi mengelakkan kepala berasa pening. Begitu juga ketika sedang duduk, jangan terus bangun mendadak dan melakukan aktiviti lain.

Yang ni kena amalkan selalu. Jika setiap pergerakan dilakukan dengan mengejut, ini boleh mengundang rasa pening.

5. Rajin berjalan kaki

Jangan jadikan alasan loya dan mual di awal mengandung untuk malas berjalan kaki. Ibu-ibu kena cuba tau. Memang berkesan bahawa berjalan kaki ini dapat mengurangkan rasa mual dan loya. Bahkan senaman berjalan kaki juga bagus untuk melancarkan peredaran darah dalam badan.

6. Makan Sedikit Tetapi Kerap

Sentiasa ada bekalan makanan ringkas dan sihat di dalam handbag atau kereta. Biskut tawar, buah-buahan adalah pilihan yang bijak.

Makanan yang berkhasiat sangat penting untuk ibu dan baby dalam kandungan. Inshaa Allah kita berusaha yang terbaik, Allah akan bagi yang terbaik untuk kita.

Jangan lupa amalkan pengambilan set kehamilan yang semulajadi, selamat dan berkesan!

Penting untuk mencukupkan gizi harian kita yang tidak lengkap dan musnah akibat proses penanaman dan proses memasak.

Selain itu, set kehamilan ini juga akan menjadikan kita sihat bertenaga dan badan taklah lunyai sepanjang kehamilan.

Enjoy your pregnancy =)

BACA: 5 Makanan Berkhasiat Semasa Hamil Supaya Ibu & Bayi Sentiasa Sihat


Semoga 6 tips ringankan alahan mengandung ini dapat memberi manfaat buat ibu-ibu semua. Selamat mencuba!

Apa yang penting, mommies jangan cepat melatah. Walaupun kita mengalami alahan yang teruk dan tak selesa sepanjang tempoh hamil, ingatlah ganjaran yang Allah bagi sangat banyak. Bersyukur kerana tak semua wanita mampu hamil.

Apa yang boleh kita lakukan ialah ikhtiarkan yang terbaik untuk kesihatan kita dan juga anak dalam kandungan. Insyaallah Allah akan bagi yang terbaik untuk kita.

Macam mama sorang ni, kagum yana dibuatnya. Jom klik dan tonton video 1 minit ini.

Semoga bermanfaat.

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.