7 Cara Hilangkan Bau Hapak Baju Elak Malu di Khalayak Ramai

Memang memalukan bila ada orang tutup hidung dan tegur baju yang kita pakai berbau hapak. Mana nak sorok muka ni. Orang di sekeliling kita pun tak tahan dengan bau hapak baju kita dan asyik pandang kita sambil tutup hidung.

Masalah besar baju bau hapak baju ini bila:

1. Ampaian baju terhad. Nak-nak yang rumah atas langit macam rumah apartment, kondominium yang ruang seciput je untuk dijadikan ampaian baju. Biasanya rumah atas langit ini akan jadikan balconi sebagai tempat jemuran baju.

2. Musim tengkujuh datang. Haru jadinya. Banyak baju dibasuh tapi ampaian terhad. Yang ada di ampaian pun belum kering lagi. Dah lah tak kering, berbau hapak pula. Baju yang tak kering ni, bila siap diseterika pun masih berbau. Memang tak selesa betullah baunya.

BACA: Basic H Shaklee: Pembantu Rumah Pilihan Ibu-ibu

3. Lupa nak sidai baju. Ibu yang bekerja biasanya akan basuh baju pada waktu malam. Masukkan sabun, pasangkan air paip dan biarkan mesin basuh menjalankan kerjanya. Bangun esoknya dengan terkejar-kejar nak sediakan sarapan, nak siapkan anak-anak lagi, nak hantar anak ke rumah pengasuh atau sekolah dan kalut nak siap-siap pergi kerja  sampaikan kain baju dalam mesin basuh tak bersidai 2-3 hari. Silap-silap sampai seminggu akibat kelupaan. Baju yang terperam lama dalam mesin basuh akan naik bau yang tak menyenangkan. Nanti, tak pasal-pasal suami membebel pasal baju berbau.

Oleh itu, mari kita lakukan 7 cara ini untuk hilangkan bau hapak baju supaya anak tak segan nak pergi sekolah, supaya suami tak membebel dan juga supaya kita tak malu di khalayak ramai.

7 Cara Hilangkan Bau Hapak Baju

1. Jemur di kawasan panas
Jemur di kawasan panas ini dapat membunuh bakteria atau kuman punca bau hapak mati akibat panas terik. Pastikan ampaian kat rumah tu betul-betul bawah terik matahari. Jika terpaksa jemur baju dalam rumah, pastikan sistem pengudaraan ada tau. Contohnya buka tingkap dan kipas. Biarkan udara bergerak. Kalau lembab, itu yang akan menjemput bau hapak.

2. Jangan sembur pewangi
Bila dah bau hapak, mulalah nak sembur pewangi. Kononnya nak suruh wangi tapi kita kena tau, pewangi ni bau wanginya sekejap sahaja. Lepas tu, bau hapak akan jadi makin teruk kerana bercampur bau dengan sisa wangian yang disembur.

3. Wangi daun pandan
Yang ni wangi semulajadi. Kadang-kadang bau hapak baju ini datang dari almari. Jadi, letaklah beberapa helai daun pandan dalam almari kerana daun pandan boleh menghilangkan bau yang terperangkap dalam almari. Kalau tak jumpa daun pandan, boleh juga cuba letakkan hippo yang serap wap air tu dalam almari.

4. Rendam semula
Pastikan rendam terlebih dahulu baju sebelum membasuhnya. Pastikan rendam dengan sebaldi air yang berisi air sabun dan celup baju sehingga bau sabun melekat di baju. Ini kerana jika tidak direndam, kemungkinan kotoran masih melekat di bawah kolar baju, celah bawah lengan dan kawasan pergelangan tangan.

5. Kuasa bedak tabur
Beli bedak tabur yang tak ada pewangi tau dan taburkan pada baju. Kemudian, bungkus dalam plastik dan biarkan selama beberapa minggu. Lama-lama bau hapak itu akan hilang juga kerana diserap oleh bedak.

6. Jemur baju secepat mungkin
Jangan amalkan tabiat suka peram baju. Kalau basuh baju dengan mesin basuh, bila berbunyi je baju dah siap dibasuh, cepat-cepat pergi sidai di ampaian. Jika dibiarkan lama memang akan berbau hapak sebabnya kulat suka tempat yang lembab.

7. Elakkan tindih baju
Semasa jemur, elakkan tindih baju walaupun baju tu nipis je. Kalu gantung di hanger, pastikan ada ruang supaya udara dapat bergerak antara baju.

Senangkan 7 cara nak hilangkan bau hapak pada baju. Lebih baiklah kita ikut cara-cara kat atas ini supaya kita tak penat nanti.

Selain amalkan 7 tips ini untuk hilangkan bau hapak baju, Yana guna serbuk pencuci Fresh Laundry Concentrate Powder dan Soft Fabric Concentrate. Nak tau cerita best macam mana sabun super power ini boleh hilangkan bau hapak pada baju, jom KLIK SINI.

Dah selesai baca dan tiba masanya untuk ibu-ibu cuba tips-tips nak hilangkan bau hapak pada baju ni. Tapi sebelum tu, kita tengok video perkongsian daripada ibu kepada 3 hero ini berkongsi tips hadapi kehidupan yang sibuk dan padat.



1 comment... add one now

mOoN IzzaN mOoN IzzaN 1 Jun 2015 12:26 PTG
Daun pandan memang berkesan hilangkan bau hapak.. :)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.