ALLAH Dahulukan Hajat Orang Yang Bersedekah

Berikut Yana kongsikan sedikit perkongsian daripada Master Cery. Yana tertarik dengan tips magikanya:


[Tips Magika : "Antara doa dan sedekah.. ALLAH dahulukan hajat org yg bersedekah"]

Bila baca ayat di atas, saya terfikir dimana logiknya hajat orang yang bersedekah ni didahulukan. Maka selepas saya bermuhasabah, maka inilah yang dapat saya simpulkan


Ini logiknya hajat yang bersedekah didahulukan

Contoh2 sedekah:


Sedekah senyuman. 

Pagi-pagi bangun kita senyum. Sepanjang hari pun senyum walau 1001 ujian hidup. Apa yang jadi bila orang tengok kita senyum? Katakan 100 orang yang tengok kita senyum, maknannya 100 orang juga yang doakan kita tanpa mereka sedar, sebab hati mereka sejuk tengok senyuman tu.

Kalau kita tak senyum, masam mencuka je, tak ke dah rugi sebab kita je yang doakan diri kita. Orang tak doakan. Beza kan kalau kita sahaja yang berdoa berbanding tambahan 100 orang yang happy tengok kita senyum yang turut mendoakan kita.

Sedekah duit. 

Contoh kita sedekah kat satu sekolah anak yatim ni contohnya RM50. Katalah ada 50 orang kat sekolah tu, maknanya 10 orang lah jugak yang doakan kita. Or katalah kat sekolah tahfiz ke sekolah anak yatim ke,ada 500 orang. So maksudnya 500 orang doakan kita.. mana tahu dalam 500 doa tu, ada satu doa yang makbul. 

Contoh lain sedekah kat kenduri masjid. ada 20 orang . maksudnya 20 orang yg doakan kita. 

Contoh sedekah kat keluarga yang memerlukan, maksudnya seluruh ahli keluarga doakan hajat kita. Dan banyak lagi contoh nak sedekah duit kat mana...Beza kan kalau kita sahaja yang berdoa berbanding tambahan 30 orang, 50 orang, 100 orang yang dapat sedekah dari kita yang turut mendoakan kita.


Sedekah barang2. 

Contoh sedekah baju, selimut, makanan kat mangsa banjir, ada 200 orang mangsa banjir, maknanya 200 orang yg doakan kita tanpa kita sedar. Beza kan kalau kita sahaja yang berdoa berbanding tambahan 200 orang yang dapat barang-barang dari kita yang turut mendoakan kita.


Sedekah ilmu. 

Contoh kita ada FB, kita ada blog, kita ada instagram kita ada fan page. Kat situ setiap hari pagi petang kita kongsi maklumat yang bermanfaat. Haa bayangkakn 1000 orang baca, 1000 orang lah jugak yang doakan kita. 

Sebab tu rajin2 lah kongsikan apa yang kita baca kat medium-medium tersebut. 

Contoh lain, kita mengajar buat kelas untuk anak-anak buah kita, haa tu pun kira sedekah. Kalau 50 orang yang hadiri kelas tu, haa 50 orang doakan kita. Beza kan kalau kita sahaja yang berdoa berbanding tambahan 1000 orang yang dapat ilmu dari kita yang turut mendoakan kita.

Itu yang dimaksudkan dengan Allah dahulukan hajat orang yg bersedekah.

BACA: Kisah Buah Delima Dan Sedekah Yang Ikhlas


Kalau kita seorang berdoa, kita tak tahu kali ke berapa baru doa tu sampai padaNYA, tapi kalau dalam sehari kita BANYAK BERSEDEKAH, Haa banyangkan berapa ratus, ribu, puluh ribu yang mendoakan hajat kita, mendoakan kebaikan untuk kita. Lagi tinggi kebarangkalian doa, lagi tinggi kebarangkalian akan makbul. InsyaAllah.

Di atas hanya empat contoh yang dapat saya tulis buat masa ini. Ada 1001 contoh sedekah lain yang kita boleh amalkan. Pendek kata, apa sahaja KEBAIKAN SETIAP HARI yang kita lakukan, itu adalah sedekah

Moral of the story : Konsisten lah dalam bersedekah SETIAP HARI.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.