Bau Lipas Menyengat Dalam Almari?: Apa Nak Buat?

Arrggghhhhh, stress tengok lipas berkeliaran apabila buka kabinet dapur, almari baju. Haish, apa nak buat ni? Ini tak termasuk lagi baunya yang menyengat.
Bau Lipas Yang Menyengat

Kalau letak uabt gegat untuk halau lipas tu, baunya kurang menyenangkan.

Bau lipas ni kuat, kadang-kadang lipas dah halau dah, namun bau lipas yang kuat tu masih melekat pada pekakas dapur dan juga baju-baju dalam almari tu.

Berikut Yana kongsikan petua mudah macam mana nak bagi

Petua ini begitu mudah :

1. Dapatkan sebuku sabun wangi. Gunakan sabun yang menggunakan pewangi yang sesuai seperti lemon atau serai wangi. Kalau boleh gunalah sabun buku. Elakkan sabun yang antibacterial atau berubat memandangkan baunya mirip bau ubat dan sabun.

BACA: Tips Mudah Buat Lantai Rumah Bersih & Berkilat


Yana gunakan sabun beras.

Sabun beras

2. Potong kepada kiub kecil bersaiz 2cm x 2cm

3. Letakkan di kawasan yang dikehendaki seperti setiap sudut dalam kabinet dapur.

4. Bau lipas hilang !! Malah dapat mengelakkan lipas dari berkeliaran di dalam kabinet.

** Petua ini juga sesuai digunakan untuk rak kasut yang bertutup.

Anda ada cara yang lebih baik dan berkesan? kongsikan di ruangan komen.

Semoga bermanfaat untuk semua.
Selamat mencuba! Semoga bermanfaat. 

Dah habis baca petua nak hilangkan bau lipas? Tunggu apa lagi! Jomlah kita nyahkan bau lipas dari rumah kita.

Persekitaran yang bersih dan cantik dapat menghasilkan aura yang positif di rumah kita. Lagipun kebersihan itu sebahagian dari iman kan? Betul tak?

Sebelum entri ini berakhir, mari saya belanja kisah ibu yang supermom superb duperb buzy tapi masih mampu berbisnes.

Jom kita tonton video 2 minit ini. Rugi tau tak tengok.


Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes. from iReach HD on Vimeo.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.