Cara Buat Buih Sabun Sendiri Di Rumah: Jimat Belanja & Anak-anak Suka


Selamat berhujung minggu. Apa kata hujung minggu ini kita luangkan masa dengan anak-anak. Sibuk juga hujung minggu pun? Jom kita tengok perkongsian dari Puan Lyna ini macam mana nak harungi kehidupan yang serba sibuk.




Dah tak sibukkan? Apa kata luangkan sedikit masa dengan anak-anak dengan melalukan aktiviti mudah seperti bermain buih sabun. Dan apa yang buatkan anak-anak suka ialah ibu-ibu boleh cuba buat sendiri buih sabun ibi bersama anak-anak di rumah. Jimat belanja lagi tau.

Tak sabar rasanya nak tunggu anak dalam kandungan di membesar. Tak sabar nak cuba aktiviti-aktivit. Mesti seronokkan?

Semua kanak-kanak pastinya suka bermain buih sabun. Jimat belanja dengan buat sendiri buih sabun di rumah.


Caranya mudah serta non-toxic. Bahan-bahannya juga mudah didapati. Gunakan satu cawan kecil untuk menyukat.

1. Bahan-bahan mudah didapati di dapur.

Bahan-bahan untuk buat buih sabun

Bahan :
Air
Gula
Tepung Jagung
Sabun pencuci pinggan
Cawan penyukat
Sudu untuk mengacau campuran.
Bekas dan peniup ( boleh isi semula ke dalam bekas buih sabun yang sedia ada)

2. Masukkan 2 cawan air 

Masukkan air

3. Setengah cawan gula
Masukkan gula


4. Kacau rata sehingga gula larut

Kacau sehingga gula larut
5.Masukkan 1 cawan sabun pencuci dan berhenti mengacau campuran. Jika tidak penuh dapur dengan buih nanti.

Masukkan sabun pencuci

6. Ini magic untuk mengekalkan buih tahan lama - hanya tambah 1 sudu teh tepung jagung

1 sudu teh tepung jagung

7.Sudah siap

Dah SIAP!

8. Walla !!! Jom main bubble di luar rumah

Jom main bubble di rumah

Sumber : everydayme

Selamat mencuba & semoga bermanfaat.


5 comments.. read them below or add one

Cik Ash Cik Ash 26 Mac 2016 4:01 PTG
kalau sabun basuh pinggan yang bukan cecair jadi tak
Cik Ash Cik Ash 26 Mac 2016 4:02 PTG
kalau sabun basuh pinggan yang bukan cecair jadi tak
..."SEDiNa'S"... ..."SEDiNa'S"... 4 Mei 2016 7:50 PTG
Gula tu utk ape?.. klu x letak gula x jd ekk???
zahar zahar 1 September 2017 3:20 PTG
bagus info & resipi.. blh jimatkn kos.. yerle, kdg dh bli bekas, abih buih, buang mctu jer

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.