Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo

Ustaz selalu cakap "syukuri lah nikmat yg Allah kurniakan. tak elok kufur" tapi macam mana nak syukur agar kita tenang & happy senantiasa?


Selalu sangat kita STRESS,
- stress anak terberak dalam seluar
- stress tiba2 taik kucing depan pintu
- stress bank call kejar loan yg tak bayar2
- stress cuti sekolah pun tak jalan mana2

Stress ni macam kolestrol jugak lah. Sebagaimana ada kolestrol jahat & ada juga kolestrol yg baik, begitu jugalah stress yg baik & jahat.

BACA: Kisah Buah Delima Dan Sedekah Yang Ikhlas


Walaupun stress itu bagus sebagai pemangkin kita keluar drpd comfort zone, tapi kalau berlebihan memang bawak lagi banyak mudarat drpd manfaat.

Macam mana nak kawal agar kita tak terbawak2 dengan stress jahat ni? Jawapannya sebijik-sebijik diterangkan dalam video ini...



Yana tertarik dengan salah satu point dalam video ini iaitu macam mana kita nak memperbanyakkan kesyukuran dalam kehidupan kita?

Jawapannya ialah dengan mencatatnya dalam jurnal kesyukuran. Macam mana nak buat jurnal kesyukuran ini?

Cuba amalkan buat tiap-tiap hari, rasa macam terapi hati dan kita akan rasa sangat seronok dengannya.

  • Ambil satu buku.
  • Labelkan buku ‘Jurnal Kesyukuran Saya’
  • Tulis 5 perkara yang buat anda bersyukur pagi ni.
  • Dan 5 perkara lagi sebelum tidur.
  • Benda yang simple-simple je. Sebab selalunya benda simple ni la kita terlepas pandang nak bersyukurkan?
  • Bila rasa sedih atau apa-apa, boleh cuba baca semula apa yang kita dah tulis. Mesti rasa lega.

Mudah dan simple je.. mungkin dah ada yang pernah buat ni. Yana pun sejak buat ni hati sentiasa rasa tenang, lapang dan cukup.

Bila kita sibuk mencatat kesyukuran kita dari sekecil-kecil sehingga ke sebesar-besar, kita akan sibuk untuk mencari apa benda yang kita nak syukuri hari ini daripada kita nak mencari masalah-masalah dan perkara yang remeh temeh yang boleh menyebabkan kita rasa sedih, rasa down dan rasa marah.

Insyaallah, bila kita rasa lebih banyak bersyukur maka lebih banyaklah nikmat yang akan Allah berikan kepada kita.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.