Petua Mudah Tidak Menangis Tersedu-sedu Semasa Memotong Bawang: Barulah Mentua Sayang

Bila tiba musim kenduri, kat Kelantan ni meriah dengan aktiviti gotong-royong memasak lauk-pauk untuk majlis kenduri.

Petua Mudah Tidak Menangis Potong Bawang

Yang paling menariknya semasa acara mengupas atau memotong bawang merah. Menariknya sebab nak kupas, nak potong bawang ni senang tapi yang sedihnya mesti kena menahan air mata.

Kenapa kita mesti menangis ketika memotong bawang?


Kita menangis ketika sedang memotong bawang kerana bawang mengeluarkan percikan (halus) yang menghasilkan bau bawang. Yang berbau itulah yang cuba masuk ke mata anda tetapi badan kata – jangan bagi masuk bahan tersebut.

Maka badan kita bertindak balas dengan mengeluarkan air mata untuk mengelakkan bahan tersebut masuk mata. Kita tengok sebelah, Mak Cik yang sedang potong bawang sama dengan kita pun menangis. Mak Cik yang sedang potong sayur kat ruang sebelah pun menangis.

Ini Yana kongsikan tips untuk elakkan daripada menangis ketika mengupas bawang. Lepas ni, mesti ternganga mulut mak cik tengok ibu-ibu kupas bawang tak menitik pun air mata. Mentua yang tengok pun bertambah sayang. Dalam hati memuji, baguihnya menantu aku kupas bawang, tak menangis sendu sendan pun.

Jangan lupa kongsikan tips ini dengan Mak Cik juga tau.

1. Potong Bawang Bersama Air Yang Mengalir Atau Dalam Bekas

Potong Bawang Bersama Air Yang Mengalir

Kalau nak potong bawang, cepat siap-siap pergi ke sink dan buka air bagi mengalir. Ini kerana percikan yang dihasilkan itu turun bersama air yang sedang mengalir.

Potong Bawang Dalam Bekas Berisi Air

Atau rendam je bawang terus dalam bekas dan potong. Gootng-royong kenduri dah biasa buat tips ini.

2. Pasang Kipas Untuk Tiup Angin

Pasang Kipas Untuk Tiup Angin

Ini dua dalam satu. Ambil kipas angin dan letakkan berhampiran dengan tempat kita kupas bawang tu. Sambil dapat hilangkan bahang panas kenduri tu, kipas ini juga berhasil membuatkan kita berhenti menangis ketika mengupas bawang.

3. Sejukkan Bawang Sebelum Mengupas

Sejukkan Bawang Sebelum Mengupas

Malam sebelum kenduri tu, ambil siap-siap bawang dan letak dalam peti ais. Kalau tak ingat nak letak, pastikan lebih kurang 30 minit sebelum nak kupas bawang tu, ambil letak sejukkan atau bekukan dalam peti ais tu.

4. Pakai Goggle Berenang Atau Helmet

Pakai Goggle Berenang Atau Helmet

Ini gaya budak0budaj yang baru nak belajar potong bawang. Kalau mak cik tempat kenduri pun buat macam ni lagi, tak pun pakai helmet terus, tak tau nak katalah.

5. Pasang Lilin Berhampiran

Pasang Lilin Berhampiran

Secara logiknya, api lilin akan turut menarik percikan-percikan halus sebelum sampai ke mata kita. Kita boleh cuba lakukan yang ini. Jika tidak cuba, kita tidak tahu hasilnya.

6. Potong Bawang Sambil Gigit Roti

Potong Bawang Sambil Gigit Roti

Ini juga salah satu cara untuk menghalang percikan sampai ke mata sebab terhalang dan diserap oleh roti. Walaupun nampak sedikit kurang cerdik dan menyusahkan tetapi ia memang berhasil.

7. Gunakan Pisau Yang Super Tajam

Gunakan Pisau Yang Super Tajam

Pisau yang tajam menjadi faktor juga. Pisau yang tumpul memberi peluang kepada percikan tersebut merembes dengan lagi banyak manakala pisau yang tajam dapat memastikan potongan yang kemas dan tidak merembes sangat.

8. Sadurkan Jus Buah Limau Pada Pisau


Cukup sekadar dengan melalukan pisau di dalam buah limau. Ini kerana bahan percikan yang dikeluarkan oleh limau lagi hebat tau sebab boleh membantutkan rembesan bawang. Alang-alang sudah guna limau dan bawang, boleh buat air asam terus.

9. Jangan Potong Bahagian Yang Ada Akar



Secara saintifik dan sudah terbukti pun, jangan potong bahagian yang merupakan akar kepada bawang ini. Tinggalkan satu pertiga bahagian yang hampir pada bawang.

Ini antara tips yang boleh dicuba. Semoga bermanfaat. Jika ibu-ibu ada tips selain daripada tips ini, bolehlah dikongsi di ruangan comment.

Selamat mencuba.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.