Please Papa, Berhentilah Merokok Sekarang Demi Isteri & Anak-anak

Saya tertarik dengan video ini. Beliau gigih untuk berhenti merokok. Pelbagai usaha beliau buat. 



Gagal gagal gagal, tapi akhirnya berjaya berhenti merokok juga. Nak tahu dia buat pe sampai berjaya berhenti merokok walaupun sudah berbelas tahun merokok?? Jom sama-sama kita tonton video ini sampai habis.

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Syukur beliau dah berjaya berhenti merokok.

Tepuk dada, tanya diri sendiri. Adakah anda yang sedang baca artikel Yana ni seorang perokok atau suami, ayah, abang, adik anda adalah perokok?

BACA: Cara Berhenti Merokok Dengan Cepat

Jika YA anda adalah seorang ayah atau suami yang merokok, tolonglah hentikan sekarang kerana kesan buruk bukan hanya untuk anda, tapi isteri dan anak anda turut mendapat tempiasnya.

Seperti yang kita tahu, keburukan rokok kepada si penghisap seperti risiko mendapat penyakit kanser, serangan jantung, gangguan pernafasan dan penyakit paru-paru.

Tidak lupa, rokok juga memberi kesan buruk kepada isteri apatah lagi jika sedang mengandung dan anak-anak yang masih kecil.

BACA: AMALAN MEROKOK: TIPS DAN UBAT HILANGKKANNYA

Si perokok dikenali sebagai perokok aktif iaitu mereka yang sedang merokok atau menghidu asap rokok sedangkan perokok pasif adalah mereka yang menghidu asap rokok daripada orang berhampirannya yang sedang merokok.

Walaupun perokok pasif seperti isteri dan anak-anak tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi asap berterbangan yang tidak sengaja masuk ke dalam hidung dan mulut turut memberi kesan risiko penyakit yang disebabkan oleh rokok.

Anda tahu tak bahawa perokok pasif lebih berbahaya berbanding perokok aktif. 

Jaga-jaga wahai ayah yang merokok! Isteri dan anak-anak kesayangan anda lebih berisiko daripada anda. Merokok bukan hanya merugikan diri anda sendiri, tetapi juga menggadai nyawa orang tersayang.

BACA: Biar betul? : Makan V***X Terus Tak Nak Merokok!


Si ayah yang bergelar perokok aktif, belajarlah berhenti merokok demi kesihatan diri sendiri dan mereka yang tersayang. Sementara isteri dan anak-anak yang menjadi perokok pasif, jauhi diri anda daripada perokok aktif. Jangan benarkan asap rokok memenuhi ruang kediaman anda!

Tolonglah berhenti merokok wahai Ayah... Duit yang beli rokok tu... boleh lah belanja anak beli mainan ya!

Alhamdulillah, ramai yang dah sedar dan mencari pelbagai ikhtiar untuk berhenti merokok.


Shaklee ada ubat untuk berhenti merokok dengan cepat. Sebenarnya ayat ubat tak berapa tepat, tapi yang pastinya ianya dapat membantu menghilangkan ketagihan merokok.

Rokok akan rasa pahit, payau, dan hilang nikmat untuk merokok. Ada yang menyatakan, selepas ambil vitamin ni, setiap kali merokok, saluran penafasan di tengkuk tu rasa seperti menyucuk-nyucuk, rasa tak selesa, dan akhirnya beliau berhenti merokok.

Vivix shaklee dapat membantu perokok menghilangkan ketagihan merokok dan hilangkan nikmat merokok dan seterusnya akan membuatkan perokok terus berhenti perokok.

Bagaimana Vivix Bertindak?
Tubuh badan kita terdedah kepada radikal bebas setiap hari. Radikal bebas ini datangnya daripada pencemaran, pemakanan, ASAP ROKOK dan pelbagai punca lagi. Radikal bebas ini merosakkan DNA kita.

Apabila DNA kita rosak dan mutated, ianya mampu mencetus sel kanser.

Vivix bertindak dengan memperbaiki DNA tersebut. Nikotin yang selama ini berkampung di DNA Perokok akan disingkirkan dari DNA dan DNA akan kembali normal.

Kerana itulah perokok yang mengambil Vivix tidak mempunyai Withdrawal Symptom. Tidak ada rasa bad mood, masalah untuk tidur, keletihan, sakit kepala dan bermacam simptom lagi.

Jika biasanya perokok cuba Berhenti Merokok menggunakan kaedah lain, nikotin masih dibekalkan ke dalam tubuh, cuma tidak melalui rokok.

Jadi, nikmat rasa rokok itu sukar untuk dibuang dan adakalanya sukar dibendung hingga menyebabkan Perokok Kembali Merokok.

Vivix pula menyingkirkan Nikotin tersebut. Tiada lagi nikotin ‘melekat’ di tubuh perokok, maka tidak ada rasa Ketagihan terhadap Rokok. Malahan bekas perokok tadi akan mula berasa sangat tidak senang dengan bau asap rokok.

BACA: 11 Tips Mudah Berhenti Merokok: 100% Berkesan


Vivix Shaklee bertindak dengan cara: 

  • Mempertahankan DNA – Mempertahan sel badan daripada kesan nikotin
  • Memberikan tenaga DNA – Memberikan tenaga dari peringkat sel
  • Memulihkan DNA – Memulihkan dan menyingkirkan kesan nikotin dari badan
  • Meningkatkan keupayaan DNA – Meningkatkan kecergasan badan


Kenapa Perlu Berhenti Merokok?


  1. Rokok bukan hanya memudaratkan diri sendiri, malahan orang sekeliling perokok juga. Ini termasuklah anak-anak dan isteri.
  2. Rokok juga mengundang pelbagai penyakit kronik yang merbahaya dan membawa maut.
  3. Secara purata, hayat Perokok 14 tahun lebih pendek dari hayat bukan perokok.
  4. Rokok sangat membazirkan wang. Apatah lagi harga rokok yang semakin naik setiap tahun.
  5. Rokok memberi kesan terhadap ‘Sexual Performance’. Rokok juga menjejaskan tahap Kesuburan serta kesihatan sperma.


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.