Rahsia Rawat Tumit Kaki Merekah Kini Terbongkar

Cuba tengok kaki masing-masing. Ada tumit merekah tak? Hodoh nampak tumit merekah kan? Nak jalan pun sakit.

Hampir setiap hari kita pakai kasut tumit tinggi. Ke hulu ke hilir dengan bebanan kerja seharian sampai tak cukup masa nak dapatkan rawatan.

Ini Yana dedahkan cara rawat tumit kaki merekah yang mudah lagi simple.

BACA: 2 Rahsia Diet Berjaya Tanpa Ikat Perut: Macam Mana?


1. Ambil getah buah betik mudah yang kekuningan dan sapukan pada tumit yang merekah. Lakukan setiap hari.

2. Ambil belimbing buluh dan gosok tumit kaki dengan belimbing buluh sehingga bersih. Kemudian, berus tumit kaki dengan berus lembut. Cara ini dapat melembutkan kulit kaki, membersihkan kotoran serta menaggalkan sel kulit mati.

3. Masukkan asam keping dan perahan limau nipis ke dalam sebesen kecil air suam. Rendamkan kaki dalam air suam tersebut selama 30 minit. Kemudian, keringkan kaki. Ulang setiap hari sehingga rekahan pada tumit itu hilang.

Kalau rasa malas nak sediakan bahan-bahan kat atas ni untuk merawat tumit kaki merekah, Yana cadangkan sapu Herbal Blend Multipurpose Cream pada tumit kaki.

Herbal Blend Multipurpose Cream ini dingin (sejuk-sejuk) kerana mempunyai kandungan mentol dan tidak berminyak, amat sesuai digunakan untuk merawat masalah tumit merekah.


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.