15 Idea Dekorasi Ruang Tamu Dengan Tema Hitam Putih

Ada yang sedang mencari idea untuk menghias ruang tamu rumah anda? Warna apa yang jadi pilihan anda? Untuk yang masih tercari-cari tema, apa kata kita tengok 15 idea nak deko ruang tamu dengan warna tema hitam putih.


Untuk menampakkan lebih minimalis, berikut ada perkongsian tips dengan temahitam putih.


1. Langkah pertama adalah mood. Anda perlu menentukan mood ruang tersebut sama ada anda inginkan ruang tamu klasik, moden, mewah, minimalis dan sebagainya.

2. Gunakan aksesori warna selain hitam putih tetapi dengan kadar minima.

3. Cat dinding dengan warna putih, tambah sofa berwarna hitam, kombinasikan bingkai gambar berwarna hitam dan putih dengan imej hitam putih dan koordinasikan bantal pada sofa dengan corak berbeza.

4. Tambahkan rasa kontemporari dengan penggunaan material kayu pada lantai kerana boleh menambahkan ciri-ciri mewah bagi ruang yang menggunakan warna hitam putih.

5. Bagi yang inginkan ruang nampak moden, gunakan kertas dinding berjalur atau bercorak hitam putih. Tetapi anda perlu menggunakan aksesori seminimum mungkin ataupun mengenakan aksesori berwarna putih supaya tidak nampak serabut.

Berikut koleksi idea tema hitam putih untuk ruang tamu anda.


























1 comment... add one now

Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 8 Jun 2015 8:14 PG
Lawanya.. Kalau duk umah sendiri boleh buat camnie.. :)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.