6 Cara Mudah Uruskan Mainan Anak-anak Supaya Rumah Tidak Bersepah

Terlalu banyak mainan kat rumah? Tak tahu mana dah macam mana nak simpan supaya rumah tidak bersepah.

Dari pandangan peribadi Yana sendiri, cuba cari satu bilik kecik atau satu sudut di dalam rumah dan jadikan ianya sebagai ruang mainan anak-anak.

Di ruangan tersebut, bolehlah susun mainan mengikut kreativiti ibu-ibu semua.

BACA: 10 Idea Kreatif Simpan Mainan Anak Supaya Ibu Tak Meroyan Kemas Rumah


Apa yang penting, jangan kita sebagai ibu ini halang dan marah pula anak-anak nak bermain. Biarkan mereka bermain dan berimaginasi dengan mainan. Ketika inilah sel otak mereka berhubung.

Berikut merupakan cara mudah yang ibu-ibu boleh cuba untuk susun mainan anak-anak. Harap-harap lepas ini rumah kita tidak bersepah dengan mainan anak-anak lagi. Lagi satu, anak-anak pun dapat bermain dengan riang. Dalam masa yang sama, kita juga dapat melatih anak-anak berdisiplin iaitu selepas bermain, pastikan mainan di simpan di tempat asal.

Mainan yang telah siap dilabel

1. Go through semua mainan anak-anak. Pilih yang mana masih elok dan hendak digunakan dan yang mana nak dermakan pada orang ain.
2. Tentukan sudut atau ruang yang kita nak bina rak mainan anak-anak.
3. Tentukan berapa banyak bakul diperlukan dan yang mana satu sesuai untuk setiap mainan.
4. Asingkan mainan anak mengikut kategori.
5. Labelkan bakul dan isikan dengan mainan anak-anak.
6. Siap!

Senang je kan? Selamat mencuba.

Source: kidsactivitiesblog.com

2 comments.. read them below or add one

Cetusan Minda Cetusan Minda 15 Jun 2015 8:26 PG
mainan anak2 ni lah selalu yg buat mak nak pengsan ... bersepah seantero rumah . x pe . janji mrk gembira ...
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 15 Jun 2015 10:47 PG
Pening bila mereka start memunggah.. tp di situlah kreativiti di asah kan...

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.