Baju Menyusu Khas Untuk Ibu Menyusu

Yana pasti ramai ibu yang menyusukan anak. Malah ada dalam kalangan mereka masih mahu kelihatan cantik dan menarik dalam penampilan.

Alhamdulillah, semenjak bergelar ibu ini dan masih dalam pantang, banyak masa terluang untuk shopping online. Maklumlah, tak lama lagi tiba musim raya pula.


Yana banyak 'cuci mata' sambil membeli belah koleksi baju-baju menyusu.


Antara banyak-banyak baju menyusu, baju menyusu daripada Feedmilk dan Milk With Love yang paling Yana berkenan di hati. Sebabnya ia memenuhi segala kriteria yang Yana cari. Tambahan lagi, baju menyusu ini memang direka khas untuk ibu menyusu.


Untuk mak-mak menyusu yang berminat nak dapatkan baju menyusu yang stylish lagi trendy ini, bolehlah jenguk-jenguk ke Instagram @eellee_collection . Dekat IG @eellee_collection ini ada pelbagai jenis Koleksi baju menyusu. Mak-mak menyusu hanya perlu pilih dan WhatsApp Yana (+6014-5090435) untuk order.


Yana merupakan Dealer untuk koleksi baju menyusu pelbagai brands. Untuk mak-mak menyusu yang malas nak order melalui website, bolehlah order melalui Yana. Harga yang Yana jual sama sahaja dengan harga di website. Untuk pelbagai koleksi baju menyusu, terus follow IG @eellee_collection.


Yana lebih sukakan baju menyusu yang memang direka khas untuk ibu menyusu. Ini kerana Yana tak nak menyesal membeli dengan kesudahannya Yana tak guna pun baju-baju tu kelak. Dah banyak kali terjadi macamni tambahan pula bila beli online ni. Nampak di website cantik comel, bila dah dapat, terbakar rasa hati.

Yana dan cuba baju menyusu yang Yana jual. Baju menyusu tersebut selesa dengan Yana dan Yana ingin berkongsi dengan mak-mak menyusu di luar sana supaya wang yang dibelanjakan berbaloi.


Feedmilk dan Milk With Love ada offer pilihan warna yang menarik. Pandai mereka ‘match’ kan warna-warna. Ada warna pastel ada jugak warna yang agak gelap untuk beri efek kurus pada pemakai.

Lagi satu, Feedmilk dan Milk With Love ada pelbagai jenis pilihan baju menyusu. Ada T-shirt, ada blouse, ada jubah, ada kaftan, ada cardigan dan macam-macam lagi.


Yang paling syok rekaan dia tak guna zip mahupun butang! Senang sahaja, cuma perlu selak dan dah boleh menyusu. Kaedah baju menyusu yang jenis selak ini dapat mengelakkan bayi terluka apabila terkena zip dan jenis selak ni cepat nak bagi menyusu kat anak. Kebiasaanya anak dah menangis dulu nak tunggu mommy tarik zip atau buka butang baju. Kannn??!!


Alhamdulillah puas hati!

Jom kita cuci mata! Nak tengok lagi banyak pilihan, boleh IG @eellee_collection

Baju menyusu pelbagai brands di IG @eellee_collection dicipta melalui kain yang bagus dan mementingkan keselesaan ibu dan bayi. Pemilihan material dari kain seperti lycra, cotton, soft cotton, soft jeans , semuanya sesuai untuk ibu menyusu dan memberi keselesaan untuk anak-anak.


Kalau nak lagi banyak design, anda boleh tengok melalui IG @eellee_collection. Tabahkan hati anda ya sebab banyak lagi design yang cantik dan menarik di Instagram @eellee_collection. Selamat memilih dan membeli semua.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi maklumat yang tertera :
Instagram : @eellee_collection
Whatsapp : +6014-509 0435

4 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 26 Jun 2015 3:00 PTG
nampak stylo dan menarik pula baju menyusu ni... he he he...kini walaupun menyusu anak tetapi masih boleh bergaya gitchewss...
Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof 27 Jun 2015 8:24 PG
bagus ni bagi ibu yang menyusu..
Eellee Nana Eellee Nana 3 Julai 2015 11:03 PG
Betul tu, bg peluang ibu menyusu untuk bergaya :)
Eellee Nana Eellee Nana 3 Julai 2015 11:04 PG
Yup, senang ibu nak menyusu :)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.