Cerita Magika: Hidup bertuhan

Berikut Yana kongsikan cerita magika daripada Master Ceri


[Cerita Magika: Hidup bertuhan]

----------------------

"Hidup berTuhan maksudnya selalu berkomunikasi dengan Allah.

Apa maksud berkomunikasi?

Andai kita berkomunikasi dengan manusia, maksudnya kita bercakap dengan manusia seperti berbual, bergurau, meluahkan perasaan, memberi pendapat.

Dengan Allah juga kita boleh begitu.

Mungkin ada yang berkata,“Macam orang gila pula"

”Firman Allah SWT, Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaf: 16)

Ayat di atas membuktikan bahawa Allah sememangnya dekat dengan kita. Sangat dekat. Sebab itu Allah juga menyatakan dalam Surah Qaf

"Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya"

Allah sentiasa mendengar isi hati kita. Dia tidak pernah tidur, tidak pernah lalai. Allah sentiasa berjaga.

Betapanya hebatnya Allah, Dia telah mencipta million orang di dunia ini namun masih Dia mampu mengetahui isi hati tiap seorang daripada hamba-Nya. Subhanallah.

Mulakanlah berkomunikasi dengan Allah walau sekecil apa pun yang kita mahu lakukan.

Sekalipun Allah sudah tahu kita nak buat apa tetapi apa salahnya kita berkomunikasi dengan-Nya yang juga memberi kita bukti bahawa kita ingat pada-Nya.


Contoh
“Allah, hari ini saya nak pergi temuduga, Kau permudahkanlah aku ya Allah. Kau kan Maha Baik hehe”
“Allah, bagilah aku duit poket, aku tak da duit poket ni. Kau kan Maha Kaya”
“Terima kasih ya Allah saya dapat makan hari ini. Sedap Allah kek tadi tu. Terima kasih juga bagi saya duit belanja”

Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi besar impaknya.

Kenapa?

Sebab apabila suara kita familiar pada Allah ketika kita senang, Allah akan lebih ingat dan kenal kita ketika susah.

Sebagaimana kita mungkin kurang suka andai kawan kita cari kita hanya ketika susah seperti itu jugalah Allah tidak suka kita mencari Dia hanya ketika susah."

1 comment... add one now

Qaseh Vee Qaseh Vee 13 Jun 2015 11:13 PG
semoga kita menjadi hamba Nya yg bersama Nya semasa susah dan senang ... coretan yg meninggalkan kesan di kalbu ...

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.