Penat Ketika Hamil Sampai Kena Ambil MC, Apa Nak Buat?

Bila hamil je penat. Penat, letih, kurang bertenaga sememangnya sudah sinonim dengan ibu hamil. Tambah-tambah yang baru hamil. Ada ibu-ibu yang alami alahan yang teruk sehingga terpaksa ambil MC. Malahan, ada yang lebih teruk sampai masuk hospital berminggu-minggu.


Kalau mengandung anak sulung ok lagi. Kalau mengandung anak kedua atau pun seterusnya, macam mana? Diri sendiri pun tak dapat diuruskan apalagi kalau ada anak-anak lain yang sedang membesar. Tambah lagi dengan nak kemaskan rumah, nak masak lagi, basuh lagi. Berganda-ganda jadinya penat ibu hamil ini.

Kalau sementara waktu tak apalah kan. Macam mana kalau penat ketiak hamil ini berlarutan sampai ke proses bersalin. Tak ke haru. Apa kita nak buat? Takkan nak duduk diam aje dan terus meratapi kepenatan itu? Takkan lah asyik nak minta MC je dengan bos? Lama-lama prestasi kerja akan merosot juga.

Kenapa penat ketika hamil ini terjadi kepada kita?

Pada awal kehamilan ini, badan ibu terpaksa bekerja lebih. Kenapa? Sebabnya pada masa itu uri sedang dalam proses nak terbentuk untuk beri sokongan sepanjang hidup bayi dalm rahim ibu.

Tambahan lagi, gula, tekanan darah dan metabolisma juga tak stabil. Faktor-faktor ini semualah yang menyumbang kepada penat, letih dan tidak bertenaga ibu hamil.

BACA: 6 Tips Ringankan Alahan Mengandung Supaya Badan Tak Lunyai


Alhamdulillah, sepanjang tempoh hamil ini, Yana tak ada banyak masalah. Alahan pun kurang. Rahsianya Yana amalkan cukup makan, cukup minum air dan cukup nutrisi (makan supplement dan juga makanan yang berkhasiat) , of course badan akan rasa cergas semacam.

Selain itu, ini Yana kongsikan rahsia dan juga cara untuk atasi penat, letih dan kurang bertenaga ketika hamil.

1. Jaga makan. Amalkan makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan juga makanan ringan yang tidak berkhasiat. Selain itu, amalkan makan yang sedikit tetapi kerap. Ini dapat membantu badan lebih bertenaga.
2. Setiap pagi, Yana akan amalkan minum ESP bersama dengan susu. ESP ini kaya dengan protein, kenyang, beri tenaga dan membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan.
3. Pastikan nutrisi yang diperlukan oleh badan mencukupi. Paling mudah amalkan set vitamin untuk ibu hamil.
4. Tidur sekejap pada waktu tengah hari dan tidur awal pada waktu malam. Pastikan badan mendapat rehat yang cukup.
5. Kerap minum air. Minum air dalam 6-8 gelas sehari. Ini untuk mengelakkan badan kita terhidrat.
6. Minta bantuan suami untuk buat kerja-kerja rumah.
7. Jangan stress dan sentiasalah tersenyum.



Ini Yana kongsikan video ibu hamil yang sarat 7 bulan dan masih bertenaga memanjat Candi Borobodur di Indonesia. Apa rahsianya.


Rahsianya cukup mudah, ibu hamil ini konsisten amalkan setiap hari dengan pengambilan vitamin Ostematrix dan Bcomplex. Disamping itu, ibu muda ini juga mengamalkan pengambilan set vitamin ibu hamil seperti Vita-Lea, Bcomplex, Vitamin C, Ostematrix, ESP dan Omega Guard. Sama seperti yang Yana amalkan sekarang.

Kesannya, alhamdulillah, badan bertenaga, HB tip top, best kan? 

Hopefully, kita dapat menikmati keseronokan sepanjang proses kehamilan ini. 

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.