Untuk Berjaya Dalam Hidup, Carilah Doa Orang-orang Lain

Petikan dari ceramah di Ikim, Pesona D Zahra.

Credit kepada Tuan Dzul Alias atas perkongsian.


Untuk berjaya dalam hidup, carilah doa orang-orang lain.

Siapakah diantaranya :-

1. Doa daripada Nabi Muhammad SAW - 

Syafaat Nabi itu benar-benar ada. Nabi sayang dan banyak berdoa untuk umatnya. Sayang/cinta dan berimanlah dengan Nabi Muhammad SAW. Perbanyakkan selawat kepada baginda Nabi.

Amalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad (ada 5 peringkat sunnah) contoh :
senyum, pakai cincin, panggil pasangam dengan panggilan yang baik-baik (humairah-si merah kecil)(cute), anjur majlis-majlis ilmu dan lain-lain. Antara perkara yang paling bahagia ialah bilamana kita sekeluarga dimasukkan ke syurga.

2. Doa daripada para malaikat - 

Malaikat mendoakan kita pada setiap pagi (gandakan hartanya), ketika kita mendoakan orang lain, malaikat juga akan mendoakan kita (amin dan bagi engkau apa yang engkau doakan), malaikat mendoakan kita ketika kita berada di dalam majlis-majlis ilmu (hadirlah majlis-majlis ilmu) (malaikat akan lapor kepada Allah & Allah akan ampunkan dosa2 kita)(keikhlasan mereka yang hadir sama menjadi asbab pengampunan Allah). Malaikat mendoakan mereka yang menjaga adab-adab. Contohnya : adab dalam majlis ilmu, adab makan, adab berkawan (FB, whatsapp) dan lain-lain.

3. Doa daripada ibu dan ayah - 

Ada keberkatan pada doa-doa ibu dan ayah (berkat -pertambahan kebaikan).
Jangan derhaka pada ibu ayah (jangan kata 'ahh')(dengusan dengan kebencian), sentiasalah merendah diri dengan ibu ayah.

Takrif ibu ayah : ibu ayah kandung, ibu ayah tiri, ibu susuan (5x kenyang), ibu ayah mertua, ibu ayah angkat. Kelima-limanya ada doa2 yang mustajab. Selalulah minta supaya mereka mendoakan kita dan keluarga kita.

4. Doa daripada orang2 yang soleh/alim - 

Guru-guru kita atau sesiapa sahaja yang kita jumpa supaya mendoakan kita.
Banyak kejayaan orang-orang terkenal sekarang adalah hasil dari doa guru-guru mereka.

Ziarah orang-orang alim (ketika bercuti).......perkataan 'insyaAllah' itu juga dianggap doa dari orang-orang alim. Doa-doa dari orang2 alim yang ikhlas akan didengar oleh Allah. Lazimkan untuk bertemu dengan orang-orang alim dan mohon doa darinya

5. Doa dari orang mukmin kepada orang mukmin yang lain - 

Doa dari orang-orang yang kita tidak tahu (sahabat2/teman2).

Adakala doa inilah yang paling ikhlas. Jangan kedekut untuk berdoa untuk orang lain (kawan-kawan kita), kerana malaikat akan berdoakan benda yang sama untuk kita juga. Hidup kita bukan bersendirian. 

Dalam kejayaan kita, pasti ada hasil dari doa-doa orang di atas.

  • Doa-doa dari Al Quraan adalah doa yang Allah dan Nabi ajar.
  • Doa-doa dari perkataan sendiri............kita niatkan juga untuk orang-orang lain.
  • Berniaga itu sunnah Nabi Muhammad SAW (ketika belum dan sesudah menjadi Nabi)
  • Doa umum dan khusus (sebut nama) itu kedua-duanya bagus.
  • Detikan hati juga dianggap sebagai doa (berdoa dalam hati).
  • Jangan lokek/malas untuk mendoakan orang lain (jangan rasa rugi) kerana malaikat akan aminkan doa kita dan malaikat juga akan mendoakan perkara yang sama kepada kita juga.
  • Jangan putus asa untuk berdoa (bersungguhlah dalam berdoa) kerana Allah akan makbulkan doa kita dalam berbagai cara. Minta A tapi dapat C kerana Allah maha/lebih mengetahui apa yang terbaik utk kita.
  • Bertawassul dengan kebaikan (yang kita lakukan) sebagai sandaran doa-doa kita kepada Allah.
  • Ikhlas tidak menafikan hak. Ada seni dalam keikhlasan (perbincangan lain).
  • Ameen itu sebagai pelengkap kepada doa-doa. Ianya akan membuka doa-doa (password). Tunaikan hak 'ameen' dengan berusaha bersungguh.

  • Doa itu senjata bagi orang-orang mukmin.
  • Ceritakan kebaikan yang kita lakukan (doa-doa kepada orang) sbgai motivasi kepada orang lain. Jaga hati supaya tidak riak dan sebgainya.
  • Malaikat akan mengaminkan doa-doa kita tanpa syarat. (Kebaikan untuk kita juga)
  • Perasaan senang ibu/bapa di atas bantuan/khidmat kita kepadanya juga dianggap sebagai doa-doa.
  • Berkawanlah dgn ikhlas..........mudah-mudahan ada doa juga dari mereka. (Kebaikan sehingga akhirat)
  • Allah itu dipuji dalam setiap masa dan dipuja dalam seribu bahasa. Berdoalah walaupun bukan dalam bahasa arab.

Syarat istiqamah
  • niat
  • kurangkan pilihan
  • mohon pada Allah

Doa-doa dari whatsapp/FB dan sebagainya juga dianggao doa kerana ianya datang dari hati
Antara syarat-syarat sah khutbah ialah mendoakan sekelian muslimin dan muslimat.
Bukan doadoa orang-orang hebat sahaja yang makbul............malah doa-doa kita boleh dmakbulkan juga jika kena dan bertepatan dengan waktunya.

Contoh : 12 masa/waktu mustajab doa pada hari Jumaat.

Kesimpulan.

Senyum simpulan
Berdoalah untuk kebaikan kepada semua dan setiap masa kerana ada waktu-waktu yang mustajab doa.
Dengan kasih sayang Allah, segala doa-doa kita akan dimakbulkan samada di dunia atau di akhirat nanti.

Mudah-mudahan ada manfaatnya.
Mohon maaf jika ada kesilapan di dalam mencatit.


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.