10 Tips Bagaimana Untuk Membeli Ikan Segar Di Pasar Seperti Chef Jamie Oliver

Siapa kat sini suka makan ikan? Antara menu kegemaran Yana ialah masakan ikan. Tak kisahlah masak apa pun , asalkan ikan.

Disebabkan Yana ni suka makan ikan, Yana nak kongsikan tips bagaimana membeli ikan segar di pasar seperti Chef Jamie Oliver ini.

Sebelum ini, Yana tak pandai sangat nak pilih ikan yang segar. Kalau pergi pasar, minta pak cik yang jual ikan pilihkan. Kalau pak cik yang jual pilihkan, maklum sahajalah, ada ikan yang segar dan ada ikan yang tak segar.

Ikan goreng yang dibeli segar rasanya sangat-sangat berbeza sedapnya berbanding ikan goreng yang anda makan di dewan makan sekolah berasrama anda dahulu?

Persoalannya bagaimana untuk memilih ikan yang tersegar dan terbaik dari lambakan ikan yang dilonggok di pasar? Jom kitaikuti tips bagaimana The Naked Chef, Jamie Oliver memilih ikan ketika beliau di pasar.


Gunakan deria penglihatan anda

1. Badan ikan segar mempunyai kulit yang licin dan berkilat.


2. Ikan bersisik yang segar mempunyai sisik yang masih kukuh di badannya. Ikan yang tidak segar mempunyai sisik yang sudah mula tertanggal.


3. Ikan segar mempunyai mata yang cerah. Crstal clear.


Bukannya berwarna merah….

….atau kabur seperti ini.


4. Ikan segar mempunyai insang yang berwarna merah pekat….

….seperti warna darah.


Jika insang ikan tersebut sudah dibuang atau berwarna selain merah pekat, itu adalah petanda terbesar ikan tersebut adalah ikan lama. Yuck!



5. Ikan segar tidak pernah berbau hanyir. Ia berbau seperti bau laut.


6. Jika anda tidak suka dengan bau ikan tersebut (bau busuk), jangan beli ikan tersebut. Trust your instinct.


7. Jangan membeli jika anda terbau ammonia/formaldehyde (bau bahan kimia yang tajam) dari kedai peniaga ikan tertentu. Ikan mereka mungkin nampak berkilat dan tidak banyak lalat, tetapi ikan-ikan mereka telah disembur dengan larutan ammonia hidroksida cair/formaldehyde.



8. Sentuh kulit ikan yang anda mahu beli. Kulit ikan yang segar licin dan basah, seperti baru keluar dari air.


9. Picit daging ikan itu sedikit. Daging ikan segar lebih anjal.


10. Jika daging ikan itu tidak anjal dan kering, ikan tersebut tidak layak berada di dapur anda.



Sumber: semuanyamakan.com

Semoga bermanfaat. 

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.