13 Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh

Pengalaman bersalin merupakan sesuatu yang sangat istimewa untuk yang bergelar ibu. Bagi yang sudah melalui saat-saat bersalin normal pasti telah merasai sendiri pengalaman menjaga luka episiotomi ketika berpantang. Luka bersalin normal akan cepat sembuh kalau penjagaannya betul dan sentiasa menitikberatkan kebersihan pada diri.



Namun, bagi yang pertama kali melalui detik bersalin dan berpantang pasti tertanya-tanya cara untuk menjaga luka selepas bersalin nanti. Di sini dikongsikan 11 tips menjaga luka bersalin normal (luka episiotomi) agar cepat sembuh tanpa bermasalah.

Cuba amalkan 11 tips ini:-

1. Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.


2. Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor.

Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis. Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.


3. Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.


4. Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.


5. Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.


6. Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.


7. Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.

Sembelit akan menyebabkan tempat jahitan anda meregang dan mudah terbuka. Jadi tipsnya, anda mestilah amalkan diet seimbang. Buah oren, buah prun dan sawi wajib makan hari-hari.

Penyelamatnya adalah cecair Lactulose. Minum ubat yang dibekalkan oleh hospital sejak hari pertama lagi. Penyelamat yang tidak kurang pentingnya juga adalah Ostematrix. Ianya bukan untuk masalah sembelit tetapi jika diambil sebanyak 4biji sebelum tidur ia akan membantu melancarkan pergerakan usus selain melembutkan najis. Esok pagi confirm boleh membuang dengan lancar!


8. Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

Tips ini sangat- sangat mujarab. Caranya pun mudah saja. Rebuskan segenggam garam kasar, asam gelugur dan manjakani dalam periuk. Setelah itu, masukkan dalam besen.

Campurkan dengan air biasa sehingga air agak suam dan berendam selama 15 minit. Seeloknya lakukan setiap hari pada 2 minggu pertama.

Menurut doktor larutan garam dapat menarik sel-sel putih ke kawasan episiotomi bagi mengawal infeksi.


9. Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

Pada wanita yang belum tahu apa itu senaman kagel, anda wajib ambil tahu sekarang!Ianya penting untuk cepatkan penyembuhan luka.

Senaman ini seperti anda menahan kencing. Tahan selama 20 saat dan lakukan 2-3 kali sehari.

Senaman ini mampu melancarkan pengaliran darah pada kawasan luka seterusnya mempercepatkan penyembuhan luka selain menguatkan otot pelvik untuk mengelakkan masalah peranakan jatuh atau tombong di kemudian hari.


10. Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.


11. Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali.

Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan.

Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.


12. Banyakkan makan buah dan sayuran

Buah dan sayur bekalkan vitamin C dan vitamin lain yang baik untuk penyembuhan luka selain elakkan sembelit.

Buah yang boleh dimakan oleh ibu berpantang adalah seperti buah oren, anggur dan epal. Sayur yang digalakkan makan pula adalah sawi, kubis dan lain-lain yang tidak menjalar.


13. Makan supplement

Amalkan makan vitamin C dan Zinc untuk luka cepat kering. Jika diamalkan setiap hari, luka akan kering dengan sangat cepat. Bonusnya kulit pun makin cerah dan licin dengan Vitamin C ini.


Semoga tips di atas dapat membantu ibu-ibu yang bakal bersalin atau sedang berpantang. Jika anda ikuti tips ini InshaAllah anda akan mendapat pengalaman berpantang yang manis dan menyenangkan.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.