3 Aktiviti Mudah Rangsang Kepintaran Anak 0-2 tahun

Sebagai ibu, kita perlu kreatif mencari aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan anak untuk merangsang kepintaran anak.

Anak adalah anugerah yang amat berharga. Oleh itu, luangkan sedikit masa untuk beraktiviti bersama dengan anak.

Untuk anak yang berusia 0-2 tahun, bolehlah cuba aktiviti di bawah ini. Aktiviti ini Yana ambil daripada buku 'Didik Anak Jadi Pintar' oleh Rohani Sheikh Omar.

Yana juga sedangkan praktiskan aktiviti di bawah ini dengan anak lelaki Yana, Aliff.

Ibu-ibu pun bolehlah mencubanya juga :)

Aktiviti mudah rangsang kepintaran anak 0-2 tahun


1) Melihat cermin

Melihat cermin

Letakkan cermin di hadapan anak supaya dia boleh melihat dirinya di cermin. Tunjukkan anggota badannya dan biarkan dia beraksi dihadapan cermin!

Juga boleh biarkan dia 'bereksplorasi' dengan makanan di hadapan cermin.


2) Bermain pasir

Bermain pasir

Boleh bermain di pantai atau persekitaran rumah yang bersih. Biarkan anak memegang dan memasukkan pasir ke dalam bekas pelbagai bentuk.

Aktiviti ini merangsang deria motor anak. Ia juga membentuk kefahaman asas anak mengenai konsep isipadu & ruang.


3) Berbual di telefon

Berbual di telefon

Gunakan 2 telefon mainan, satu untuk anda dan satu untuk anak. Bercakaplah dengan anak seolah-olah anda bercakap di telefon.

Walaupun anak belum boleh bercakap, tapi dia memahami percakapan anda. Lama kelamaan dia juga akan bercakap seperti anda.

Selamat mencuba.

*Dipetik dari buku 'Didik Anak Jadi Pintar' oleh Rohani Sheikh Omar.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.