5 Aktiviti Bermain Mega Blocks yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Membaca

Mama dan papa semua impikan anak yang mampu membaca pada usia seawal 4 tahun? Ramai anak yang berjaya dengan hasil tunjuk ajar ibu bapa mereka sendiri. Mampu membaca dengan lancar seawal usia 4 tahun bukan lagi perkara luar biasa.

Ibu bapa lah yang memainkan peranan yang besar dalam mengajar anak membaca. Berikut merupakan perkongsian salah satu cara yang boleh digunakan untuk ajar anak membaca.

Mama dan papa tidak pandai mengajar? Mama dan papa bukan guru? Anak-anak belum mengenal huruf?

Baca: Vita-Lea for Children: Multivitamin Wajib Untuk Anak


Mama dan papa jangan bimbang. Berikut Yana kongsikan 5 Aktiviti Bermain Mega Blocks yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Membaca.

Bahan-bahan:
- Mega Blocks
- Pen Marker

Sebelum Memulakan aktiviti pertama, Setiap Mega Blocks dilabel dengan huruf-huruf dari A hinga Z (huruf besar dan kecil).


Aktiviti 1: Mengajar anak mengenali huruf.
.
Tunjukkan setiap huruf di Mega Block secara random, dan ajak mereka menyebut semula huruf tersebut.


Aktiviti 2: Cantumkan Huruf besar dan Huruf Kecil
.
Minta anak cantumkan huruf besar dan huruf kecil yang sama untuk huruf-huruf tertentu.
.
Biarkan mereka cari sendiri pasangan huruf tersebut dan minta mereka tunjuk jika mereka berjaya

Aktiviti 3: Latihan Mengeja
.
Kepada anak-anak yang sudah belajar mengeja, latih mereka membentuk perkataan mudah dengan mencari huruf dan membentuk perkataan.
.
Proses mencari dan mencantum huruf tersebut pasti menghiburkan kerana ia ditulis pada alat mainan yang biasa mereka main.

Aktiviti 4: Cantumkan semua huruf
.
Ajak anak-anak untuk mencantumkan semua huruf mengikut turutan yang betul.


Aktiviti 5: Bermain dengan buku
.
Setelah mencantumkan semua huruf, ajak anak untuk mencari huruf yang terdapat di dalam buku ejaan mereka dengan huruf yang ada pada Mega Blocks.
.
Kita bebas menggunakan mana-mana buku yang mempunyai huruf dan ini akan meningkatkan minat mereka terhadap kandungan buku itu.


Selamat mencuba. Insyaallah anak akan teruja untuk membaca sambil bermain.

Siapa lagi yang akan mencorakkan anak-anak kalau bukan mama dan papa.

Semoga bermanfaat.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.