5 Tips Minum Air Gula Untuk Ibu Hamil Supaya Tak Termuntah

Sepanjang mengandung baru-baru ini, Yana kena 2 kali minum air gula. Sebabnya doktor bimbang Yana ada risiko kencing manis. Tapi, alhamdullilah, Yana bebas dari kencing manis ketika hamil ni.



Setiap ibu hamil diwajibkan menjalani ujian darah (MGGT) sekiranya ada risiko kencing manis ketika hamil. Minum air gula ini nampak macam remeh kan tapi penting untuk diagnos "gestatinal diabetic mellitus" atau kencing manis semasa hamil. Bukannya apa, jika dapat dikesan lebih awal, pemantauan akan dibuat untuk mengelakkan pelbagai komplikasi jika ibu menghidap diabetes.

Diabetes ketika hamil ini bahaya kerana boleh menyebabkan anak mengalami kecacatan, meninggal dalam perut dan risiko untuk ibu melahirkan anak yang besar.
Yana kena 2 kali minum air gula di klinik kesihatan. Berikut Yana kongsikan prosedur minum air gula:

1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau kat tempat Yana, kita bebas untuk pilih hari apa asalkan bukan hari Khamis.
2. Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum.
3. Sampai kat klinik kesihatan, ambil nombor giliran. Nasihat Yana pergilah awal pagi dalam pukul 7.30 pagi. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe.
4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Banyak ke sedikit? Tips tak nak bagi sakit ambil darah, berbual lah dengan nurse.
5. Selepas itu, nurse akan bagi segelas air gula suam. Yana dapat air gula plain, tidak ada apa-apa perisa. Rasanya manis yang amat.
6. Setelah habiskan segelas air gula, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam.
7. Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.
8. Hantar darah ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan.

Senang je kan prosedur untuk minum air gula. Semasa minum air gula ini, da tips nya tau. Kalau tak, serta-merta kita akan muntahkan air gula tersebut. Haaaa, kalau dah muntah, nurse akan minta kita minum balik.

Ini Yana kongsikan tips minum air gula supaya tidak termuntah:

1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.
2. Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah kena start puasa jam 10 malam.
3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum perlahan-lahan kerana ini akan buat kita rasa loya.
4. Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.
5. Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.

Untuk yang nak pergi minum air gula tu, bolehlah amalkan tips ini. Semoga membantu ibu-ibu yang baru nak minum air gula.

Untuk siapa yang dah minum air gula, macam mana, sedap tak? Hehe.
Semasa mengandung ini, kita kena jaga pemakanan supaya tidak mengundang pelbagai jenis penyakit. Selain itu, pemakanan yang sihat juga bagus untuk perkembangan fetus dan juga untuk kesihatan ibu.

Sepanjang mengandung, Yana amalkan makan Set Mengandung Shaklee. Alhamdulillah, banyak membantu Yana kekal sihat dan cergas. Baby dalam kandungan pun alhamdullilah.

Ini Yana kongsikan video ibu hamil yang sarat 7 bulan dan masih bertenaga memanjat Candi Borobodur di Indonesia. Apa rahsianya.




Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Liyana Madrus | ID: 888079 | SMS/Whatsapp 014-509 0435
Email: eelleeyana@gmail.com
Instagram: eelleebeauty
OR
Add Friend di FB saya : Liyana Madrus

{ 9 comments.. read them below or add one }

Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 2 Julai 2015 1:36 PTG
Paling x suka part yg ini..Hehe..
Xmampu nk telan..skrg kena minum 2 kali..kalau ada masalah tmbh lg sekali kan??
shalimar yusof shalimar yusof 2 Julai 2015 2:13 PTG
Yg 1st munth..kali ke-2 x...tp paras gula rendh...huhuh...
kena minum la sebb mak kita ada kencing manis...
Fadzi Razak Fadzi Razak 2 Julai 2015 3:16 PTG
Saya minum kali pertama muntah sebab minum sikit-sikit. Second time datang terus minum sekali harung. Hehehhe. Setel

Anyway, jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!
Jana Hazana Jana Hazana 2 Julai 2015 3:20 PTG
pengalaman pahit saya semasa mengandungi ialah kena minum air gula! hehe
Eellee Nana Eellee Nana 3 Julai 2015 10:47 PG
Yup, nak minum 2 kali pun seriau dah. :)
Eellee Nana Eellee Nana 3 Julai 2015 10:49 PG
Kalau ada parents kencing manis, terus kena minum air gula sekarang ni, umur lewat sedikit pun kena minum :)
Eellee Nana Eellee Nana 3 Julai 2015 10:50 PG
Sekali harung senang, terus habis :)..inshaallah will join
Eellee Nana Eellee Nana 3 Julai 2015 10:52 PG
Pengalaman pahit tu, setiap kali mengandung, alamat kena minum air gula, part tu yg tak suka :)
fatihah ali fatihah ali 8 Mei 2017 8:25 PTG
Boleh ke minum air kosong selepas minum air gula?

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.