5 Tips Mudah Untuk Baby Tidur Lena Pada Waktu Malam

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini Aliff tidur lena dan tidak meragam pada waktu malam. Kalau terjaga pun hanya untuk minum susu dan tukar diaper.



Sememangnya normal baby baru lahir hingga usia dua bulan mengalami pola tidur yang tidak teratur terutama pada waktu malam.

Berikut Yana kongsikan 5 tips untuk bagi baby tidur lena pada waktu malam. Cubalah amalkan, ianya sangat berkesan apabila Yana amalkan.

1. Alunan zikir

Sebelum tidur, Yana membiasakan Aliff mendengar alunan zikir yang Yana alunkan sendiri. Kalau tak nak alunkan sendiri, boleh juga gunakan zikir dalam handphone. Alunan zikir dapat membantu baby tidur dengan nyenyak kerana alunan zikir yang mendamaikan boleh memberi ketenangan kepada baby.


2. Membedung

Sebelum tidur, Yana akan siap-siap bedung Aliff. Aliff ini apabila dibedung, lama dan lena betul tidurnya. Membedung baby ini merupakan cara tradisional yang diamalkan sejak dari dulu. Baby sememangnya bagus dibedung ketika tidur bagi mengelakkan daripada mudah tersentak dan kerap terjaga serta menangis.


3. Memasang lampu malap

Baby akan mudah bangun malam kerana dia kerap membuang air kecil yang membuatkan dia tidak selesa. Aliff kerap terjaga apabila lampinnya basah. Bila dah tukar lampin, kembali lena lah tidurnya. Elakkan daripada memasang lampu yang terang apabila hendak menukar lampinnya. Cukup sekadar memasang lampu yang malap dan samar cahayanya. Lampu yang samar ini juga dapat membantu baby tidur dengan lena.


4. Rutin tidur

Biasakan bayi dengan disiplin tidur yang sama sejak kecil terutama pada dua bulan pertamanya. Kita sebagai ibu boleh tetapkan masa tiga hingga empat kali waktu tidur dalam sehari, dengan jumlah enam jam waktu tidur pada waktu siang. Oleh itu ia membantu baby tidur lena pada waktu malam. Apa yang penting, jangan lebihkan waktu tidur baby pada waktu siang. Kalau tak, mommy dan daddy bersiap sedialah nak dapat mata panda akibat berjaga malam.


5. Dream feeding

Ibu boleh berikan baby susu ibu pada pukul 11 malam tanpa perlu mengejutkannya. Kemudian letakkan baby semula di tempat tidurnya. Cara ini membantu mengurangkan kekerapan baby terjaga di malam hari.

Alhamdulillah, 5 tips mudah ini amat berkesan. Cubalah mommy dan daddy amalkan. Mudah-mudahan mommy dan daddy tak mengantuk di tempat kerja esok.

3 comments.. read them below or add one

adk dayah adk dayah 3 Julai 2015 10:52 PG
bahagia je bila baby tidur lena bila malam daripada merengek sampai ke pagi
Fadzi Razak Fadzi Razak 6 Julai 2015 7:22 PG
Rutin tidur tu macam susah sikit sebab anak saya siang tu tidur setengah jam je setiap kali. Bila kita tak bagi tidur, die nangis menagmuk hehehe

Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!
diana diana 15 Julai 2015 11:49 PG
InsyaAllah boleh diamalkan.. trima kasih share ilmu :)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.