7 Cara Cegah Jaundis Baby Baru Lahir Supaya Ibu Tak Perlu Risau

Jaundis atau lebih popular dipanggil demam kuning sangat sinonim di kalangan baby baru lahir. Kebanyakan baby baru lahir akan mendapat jaundis. Walaupun kelihatan normal di kalangan bayi baru tapi amat berbahaya jika terlalu tinggi.



Alhamdulillah, baby Aliff tidak mendapat jaundis semasa lahir baru-baru ini. Berikut Yana kongsikan cara yang boleh ibu-ibu amalkan untuk mengelakkan daripada baby kita mendapat jaundis.

1. Amalkan makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Elakkan daripada mengambil makanan ringan. Makanan ringan sangat berbahaya untuk baby yang kita kandung.

2. Makan buah delima. Jika susah nak dapatkan buah delima, boleh amalkan pati delima. Pastikan pati delima tersebut kurang manis. Kalau manis, boleh dapat diabetes pula.

3. Setiap pagi bangun daripada tidur, amalkan makan buah kurma. Buah kurma ini banyak khasiatnya dan elok diamalkan semasa mengandung.

4. Amalkan minum susu kambing dua cawan sehari semasa sarapan dan sebelum tidur. Pilihlah susu kambing yang tidak berbau jika ibu-ibu tidak tahan dengan bau susu kambing.

 5. Amalkan makan tiga sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu madu setiap hari.

6. Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Air kelapa dikatakan baik untuk bayi selain dapat mengelakkan penyakit jaundis.

7. Amalkan juga makan sengkuang semasa mengandung. Boleh pelbagai kan resepi sengkuang. Antaranya sebagai inti dalam popia dan juga sebagai rojak buah.

Semoga petua mudah ini bermanfaat untuk ibu-ibu semua. Selain itu, sentiasalah berdoa kepada Allah swt agar baby kita nanti selamat dilahirkan dan bebas daripada jaundis.

2 comments.. read them below or add one

Dayana Zahari Dayana Zahari 9 Julai 2015 5:38 PTG
Menarik sangat! Boleh dayana copy dekat blog and credit eellee? Nanti bgtau dkt comment blog dayana ya :D
Eellee Nana Eellee Nana 31 Ogos 2015 9:27 PG
Tq sayang. Boleh je sayang nak copy. Nanti backlink kan ke blog kita balik ya

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.