7 Tips Berbual Dengan Anak Kecil Supaya Anak Petah Bercakap

Ada anak pendiam, ada anak yang petah dan banyak bercakap. Yang petah pun boleh jadi kurang bercakap. Kadang-kadang, kita tidak tahu apa puncanya. Mari kita lihat apakah tips bercakap dengan anak yang paling efektif.



1. Kalau bercakap dengan anak, jangan tergesa-gesa

Pernahkah kita sebagai ibu-bapa tidak tahan kerana anak lambat sangat menghabiskan ayat? Mesti rasa kurang sabar bukan?

Sepatutnya, kita mesti tunggu beberapa saat selepas anak selesai bercakap sebelum anda mulakan bicara. Cakap perlahan-lahan dan intonasi mesti dalam keadaan relaks. Ia lebih efektif daripada terus mengkritik anak tanpa mengetahui apa puncanya. Tentunya nasihat ibu-bapa seperti “Perlahan sikit!”, “Cuba sekali lagi!” tidak akan diendahkannya.


2. Biarkan anak bercakap secara bebas

Bebas bukan bermakna boleh cakap sesuka hati. Perkataan larangan seperti ‘bodoh’, ‘babi’, ‘sial’ jangan sesekali terpacul dari mulut ibu-bapa. Anak akan ikut apa yang keluar dari mulut ibu-bapa mereka. Bebas disini bermakna berikan anak-anak kebebasan untuk menterjemah idea sendiri dan meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati. Ibu-bapa jangan terlalu memaksa anak menjawab soalan mereka pada masa itu juga. Cuba sesekali komen apa yang anak perkatakan.


3. Gunakan mimik muka (facial expression) dan bahasa badan (body language)

Bagaimana anak mahu tahu yang ibu-bapa mereka betul-betul mendengar cerita mereka? Tentulah dengan ‘facial expression’ dan ‘body language’ yang tidak dibuat-buat. Elakkan dari mengangguk-angguk sahaja sambil memegang telefon bimbit dan melayari Facebook. Dengar apa mesej yang anak mahu sampaikan.


4. Berikah perhatian yang penuh

Setiap hari, minimum 10 minit, berikan perhatian yang tidak berbelah bagi pada anak. Layan mereka seadanya, bukan hanya sekadar layan bagai tiada perasan. Diakui, ibu-bapa penat selepas kerja dan mahukan rehat.

Pada waktu ini, biarkan anak lakukan apa yang dia minat. Biarkan dia menjadi kapten dan kita ikut segala arahannya. Percayalah, saat-saat manis ini akan segar dalam minda anda sehingga tua nanti. Biarkan anak bercakap dengan penuh semangat sambil dia mengetahui ibu-bapanya ‘enjoy’ dengan aktiviti tersebut. Apabila anak rasa selesa, barulah mereka akan mula bercakap banyak dengan ibu-bapa mereka sendiri.


5. Ajarkan ambil giliran untuk bercakap

Apabila ada ramai anak (lebih dari satu), kita sebagai ibu-bapa runsing apabila masing-masing mahu bercakap. Apabila seorang lagi tidak dilayan, yang seorang lagi akan marah. Anak-anak suka berkongsi, dengar dari kedua-duanya sekali pada satu-satu masa. Lucu tetapi meriah!.


6. Lihat kembali cara kita bercakap dengan anak

Sorot kembali, bilakah waktu kita beri arahan, mereka benar-benar dengar? Tentu kita akan terkenang, “Oh, bila kita cakap macam ni, baru dia dengar”. Sekali lagi, kurangkan kritik dan soalan paksaan untuk anak. Gunakan bahasa mudah yang dia mahu dengar.


7. Terima anak seadanya

Apa-apa pun, terima anak kita seadanya. Berikan sokongan penuh pada mereka dalam apa jua minat dan hobinya. Kalau bukan ibu-bapa yang mahu menyokong, siapa lagi?


Sumber: http://www.mypermatahati.com/

5 comments.. read them below or add one

aeinna Musa aeinna Musa 28 Julai 2015 7:19 PTG
anak ibarat kain putih..kita yg corakkan mereka.kebanyakkan anak2 ,kita akan perasan cara mereka bercakap mimik ibu/ayah mereka
Zie Madini Zie Madini 29 Julai 2015 4:15 PTG
Akan sy praktikkan. thanks sis 😀
Eellee Nana Eellee Nana 31 Ogos 2015 9:09 PG
Yup. Actually setiap perlakuan parent akan sedikit sebanyak mempengaruhi kelakuan anak mereka. Elakkan menggunakan nada suara yang tinggi seperti menenking atau memarahi antara pasangan kerana bimbang anak anak akan berasa OK jika mereka turut menggunakan nada yang tinggi juga terhadap ibu bapa mereka. Elakkan bergaduh sesama pasangan di depan anak-anak yang masih kecil.
Eellee Nana Eellee Nana 31 Ogos 2015 9:12 PG
Welcome sayang. Terima kasih kerana sudi singgah blog Yana. Bolehlah sis belek-belek blog ini untuk tips-tips lain juga dan kongsikan juga pendapat sis. Mana tahu interaksi kita berdua nanti boleh mencambahkan buah fikiran yang bagus dan berguna untuk kita semua ibu-ibu bapa. Semoga kita semua menjadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita semua
Encik Shino Encik Shino 31 Ogos 2016 5:12 PTG
Waktu sedang membesarlah mereka mempelajari sesuatu, elok kalau awal-awal dipraktikkan..

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.