7 Tips Mudah Untuk Memasak Sepantas Kilat Supaya Suami Sayang

Memasak merupakan rutin harian untuk ibu. Tambah-tambah dalam bulan puasa ini. Kebanyakan ibu-ibu akan mencuba pelbagai resepi untuk memasak pada keluarga. Lagipun dengan memasak sendiri, tahap kebersihan makanan lebih terjamin disamping dapat menjimatkan belanja.



Untuk ibu yang surirumah, memasak bukan menjadi masalah. Tetapi bagi ibu yang bekerja, ia merupakan cabaran untuk bergegas pulang ke rumah untuk memasak pula. Semuanya perlu dilakukan dengan pantas.

Berikut merupakan tips yang boleh diguna pakai untuk memudahkan tugas memasak kita. Bukan sahaja boleh digunakan pada bulan puasa tetapi sesuai untuk sepanjang masa.

1. Rancang menu seminggu

Setiap kali nak memasak, mesti pening dan ambil masa lama untuk fikirkan menu apa yang hendak dimasak. Untuk mengelakkan anda pening kepala, apa kata rancang menu masakan untuk seminggu. Senaraikan menu, bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak menu tersebut dan mula keluar membeli belah bahan pada hujung minggu.

2. Siapkan terus lauk lauk mentah

Ini tips yang selalu Yana amalkan bila pergi pasar. Bila Encik Suami pergi pasar pun, Yana akan pesan suapaya siapkan terus lauk pauk mentah.

Contohnya apabila beli ayam, minta peniaga potong kecil ayam tersebut bersesuaian dengan menu masakan yang kita pilih. Elakkan beli ayam seekor sebab ia hanya menyukarkan kita untuk proses memotong ayam tersebut. Ini dapat menjimatkan masa kita untuk memotong ayam.

Begitu juga dengan ikan, minta peniaga menyiang ikan-ikan tersebut bagi memudahkan kita.

Selepas itu kita perlu membungkus ayam, ikan, daging dan sebagainya yang dibeli dalam bungkusan plastik atau bekas mengikut kegunaan harian.
Jangan bungkus semuanya dalam satu bekas merana ia akan menyukarkan kita apabila tiba masa untuk memasak. Simpan dalam bahagian dingin beku, setiap kali hendak memasak, anda hanya perlu keluarkan dan letak di bahagian chiller. Pulang dari kerja ayam atau ikan sudah lembut dan boleh terus dimasak.

3. Kisar bawang dan cili

Potong cili, bawang merah, bawang putih, halia yang menjadi bahan asas utama dalam kebanyakan masakan untuk kegunaan sebulan. Kisar bahan-bahan tersebut dan simpan sebagai stok. Ia akan memudahkan tugas memasak anda.

Kalau kat tempat Yana, ianya dipanggil 'ibu lada'. Kalau nak masak ayam masak merah ke, senang, ambil je 'ibu lada' ini dan tumis. Tak perlu dah nak kisar bawang cili semua. 'Ibu lada' ini kita simpan dalam chiller untuk tahan lebih lama.

4. Gunakan gunting bukan pisau

Penggunaan gunting berbanding pisau lebih menjimatkan masa ketika memotong sayur jenis berdaun seperti sawi, kangkung, bayam mahupun menyiang ikan.

5. Sejuk bekukan lebihan lauk

Kadang kala ada masanya makanan yang dimasak tidak habis dimakan, jangan membazir dengan membuangnya. Anda boleh simpan dalam peti dingin beku dan boleh dimakan semula keesokan hari.

Pastikan makanan tersebut disimpan dalam bekas tertutup dan dilabel tarikh. Ini penting kerana kita boleh tahu berapa lama dah makanan tersebut disimpan. Ini sangat berguna untuk yang sentiasa bekerja di luar kawasan.

5. Masak satu lauk yang lengkap

Untuk lebih menjimatkan masa, anda boleh pilih menu yang merangkumi semua dalam satu masa. Contohnya seperti masakan  tomyam, paprik, masam manis, kicap dan lain-lain.

6. Ulam-ulaman pengganti sayur

Jika tidak sempat masak sayur, anda boleh menggantikan hidangan sayur dengan ulam-ulaman atau salad yang lebih mudah dan cepat selain tetap berkhasiat.

7. Dari dapur terus ke meja

Sekiranya anda mahu menjimatkan masa daripada mencuci periuk dan kuali, boleh pilih menggunakan peralatan memasak yang boleh dipindahkan dari dapur terus ke meja makan seperti periuk kaca tahan panas.

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu semua.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.