9 Perkara Suami Boleh Lakukan Untuk Membantu Isteri Yang Mengandung:Suami Wajib Baca Ini

Sekarang dah 35 minggu kandungan. Tak sabar menanti kelahiran si comel dalam perut ni. Tak dinafikan sepanjang kehamilan ni sangat mencabar. Ibu perlukan kesabaran yang tinggi untuk menghadapinya. Sentiasa pujuk diri supaya banyakkan bersabar.


Dalam menghadapi fasa-fasa kehamilan yang mencabar ini, Encik Suami lah yang banyak membantu penulis.

Berikut penulis kongsikan apa yang suami boleh lakukan untuk membantu isteri yang mengandung. Jika isteri yang baca coretan penulis ini, pastikan suami anda baca juga. Bagi kat suami baca supaya sedikit sebanyak suami boleh meringankan beban yang ditanggung oleh isteri.

1. Bantu isteri buat tugasan rumah


Bantu isteri buat tugasan rumah

Bila isteri berbadan dua ini, sesetengah kerja rumah akan jadi terbatas. Contohnya seperti nak bersihkan sawang di kipas, nak angkat bakul yang berat dengan baju basah, nak mengemop lantai dan sebagainya. 

Dalam hal ini, suami kena lebih prihatin. Suami boleh bantu isteri bersihkan rumah. Sedikit sebanyak dapat ringan beban isteri. 

2. Bantu isteri kurangkan sakit fizikal


Bantu isteri kurangkan sakit fizikal

Sepanjang mengandung ini, tak dapat dinafikan sakit belakang semakin menjadi-jadi. Hal ini kerana bayi dalam perut sedang membesar. Suami boleh melegakan sakit fizikal isteri dengan meletakkan ubat sapu atau pun heating pad.

Apabila keluar berjalan-jalan pula, pergerakan isteri akan jadi lebih perlahan daripada biasa disebabkan perut yang semakin membesar.

Oleh itu, apabila suami bawa isteri berjalan-jalan, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa suami memahami situasi isteri.

Ada ke suami yang marah kat isteri sebab berjalan lambat? Kalau ada suami macam ni, tak tahu nak kata apalah.


3. Sokongan emosi untuk isteri

Bila mengandung ini, macam-macam perasaan anda. Hormon tak stabil lah katakan. Sekejap-sekejap menangis dengan banyak. Sekejap-sekejap gembira, ketawa terbahak-bahak. Emosi kadang-kadang positif, kadang-kadang negatif.

Apa yang suami boleh lakukan ialah sentiasa bersabar dengan isteri. Suami perlu sentiasa memahami kehendak isteri, menjadi pendengar yang setia dan sentiasalah juga berada di sisi isteri.

4. Belajar bersama-sama isteri dalam memahami proses kehamilan ini


Sama-sama rasai pergerakan bayi dalam kandungan


Sepanjang kehamilan tu, suami sekali-sekala luangkanlah masa teman isteri jumpa doktor. Dengar penjelasan doktor. Isteri akan rasa dihargai sangat.

Sesibuk mana pun suami, luangkan juga masa membaca mengenai kehamilan atau pun menonton video kehamilan bersama dengan isteri. Bila berlaku apa-apa kat isteri, tak adalah suami akan cepat panik. Selain itu, dapat juga membantu isteri lebih bersedia ketika proses melahirkan anak nanti.

Suami juga hendaklah cari sebanyak mana info tentang perubahan emosi, fizikal yang dialami oleh isteri dan cuba kongsikan dengan isteri. Isteri pasti teruja.

Jangan lupa sama-sama rasai juga pergerakan bayi dalam kandungan.

5. Bantu jaga pemakanan isteri

Biasanya ketika fasa kehamilan ini, isteri akan mengidam macam-macam. Sebagai suami, bantulah isteri memenuhi kehendaknya selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal dan tidak mustahil untuk dapatkannya).

Selain itu, ibu hamil juga perlu makan makanan yang berkhasiat. Sentiasalah beli makanan yang berkhasiat seperti susu, buah-buahan, sayur-sayuran untuk isteri.

Makanan yang berkhasiat ini juga bagus untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.


6. Bantu siapkan hidangan


Bantu sediakan hidangan untuk isteri

Jika sebelum ini, tugas-tugas memasak hanya dilakukan oleh isteri, apa salahnya tiba pula masa suami belajar menyesuaikan diri berada di dapur. Tak lama pun. Hanya 9 bulan je. Kalau suami tak reti memasak pun, luangkan masa dengan membantu isteri memotong bawang, menumis dan sebagainya.

7. Membantu menjaga anak-anak yang lain


Membantu menjaga anak-anak yang lain

Ini peluang keemasan untuk ayah habiskan banyak masa dengan anak-anak. Suami boleh tolong mandikan anak-anak, siapkan baju anak-anak dan sebagainya. Ini adalah cara terbaik dalam mengeratkan lagi hubungan ayah dengan anak.

8. Bantu bawa isteri ke mana-mana

Dalam fasa kehamilan ini, sebaiknya, suami tolonglah jadi pemandu kepada isteri. Jangan biarkan isteri memandu seorang diri lebih-lebih lagi ketika usia kandungan sudah 6 bulan ke atas. Luangkan sedikit masa teman isteri beli barang dapur, hantarkan isteri ke tempat kerja dan sebagainya.

9. Jangan bagi isteri stres

Jika ada apa-apa masalah, suami cubalah selesaikan sendiri terlebih dahulu tanpa memberitahu isteri. Jika dirasakan perlu untuk beritahu isteri, beritahulah dalam keadaan yang santai supaya isteri tidak terkejut dan stres.

Pantang larang utama jangan sesekali membenci, mengutuk perubahan bentuk fizikal isteri ketika mengandung ini.

BACA: Set Hamil Shaklee: 8 Persoalan Bermain di Minda Ibu


Senang kan 9 perkara yang suami boleh lakukan untuk membantu isteri yang mengandung? Semoga bermanfaat dan Yana harap suami-suami semua tidaklah keberatan untuk membantu isteri-isteri anda.


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.