9 Tips Elak Muntah Ketika Hamil Supaya Urusan Harian Teratur

Pada trimester pertama kehamilan, morning sickness semakin menjadi-jadi. Antara simptom morning sickness yang paling ketara ialah muntah.



Yana mengalami morning sickness yang teruk. Apabila bangun pagi sahaja muntah. Makan sedikit sahaja, terus muntah. Terhidu bau yang tidak menyenangkan pun muntah. Muntah ketika hamil ini buatkan badan Yana jadi lunyai. Apabila asyik muntah sahaja, badan pun lunyai, segala urusan kerja rumah dah tak larat nak buat dah.

Akibat tidak tahan asyik muntah sahaja, Yana cuba amalkan beberapa tips yang Yana perolehi dari pembacaan Yana dalam beberapa buku 'pregnancy'. Alhamdulillah, tips ini sedikit sebanyak membantu Yana untuk elakkan muntah ketika hamil ini.

Antara tips untuk elak muntah ketika hamil ialah:

1. Hidu bau lemon, limau nipis, limau kasturi, limau purut. Yana akan pastikan benda ini sentiasa ada dekat dengan Yana, bila rasa nak muntah, terus hidu.

2. Amalkan makan makanan yang ada halia. Yana suka makan ikan bakar dengan halia & bawang putih, ayam masak halia. Teh halia pun boleh. Halia ini dapat menghilangkan sebu perut.

3. Sediakan makanan kegemaran (makanan kegemaran Yana biasanya biskut Lexus) kat tepi katil supaya apabila bangun, terus makan untuk menyerap asid perut. Ia juga membantu mengawal aras gula dalam darah supaya tidak terlalu rendah.

4. Perut hendaklah sentiasa diisi dengan makanan. Amalkan makan biskut, roti, buah-buahan selang 2 jam sekali. Jika perut tidak diisi, asid perut akan meningkat dan seterusnya menyebabkan rasa loya.

5. Jauhi bau-bau yang boleh menyebabkan muntah. Sesetengah orang tak boleh bau perfume, tak boleh  bau ikan kering.

6. Elakkan makanan yang berminyak dan berlemak. Makanan ini boleh menyebabkan rasa loya. Makanan berminyak dan berlemak ini memang Yana jauhi terus. Pernah suatu pagi Yana nak makan nasi dengan ayam masak lemak. Gigih Encik Suami mencarinya. Apabila dah makan, terus muntah.

7. Elakkan minum air terlalu banyak ketika makan. Minum air ketika makan boleh menyebabkan rasa loya. Yang paling bagus, amalkan minum air selepas makan.

8. Amalkan makan asam ataupun benda yang masam seperti mangga muda untuk menghilangkan rasa loya. Boleh juga amalkan mengunyah chewable vitamin C. Yana sentiasa sediakan siap-siap asam dan juga chewable vitamin C untuk mengelakkan rasa loya datang menjengah.

9. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari untuk mengelakkan kehilangan bendalir dalam badan dan juga membantu dalam mengelakkan sembelit.

Senang sahaja kan 9 Tips Untuk Elakkan Muntah Ketika Hamil ini. Alhamdulillah, 9 tips ini banyak membantu Yana dalam menangani masalah muntah ketika timester pertama ini. Mudah-mudahan tips ini juga dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah muntah-muntah ketika hamil ini.

Selain daripada 9 tips ini, Yana ada cara yang lebih baik untuk elakkan muntah. Alhamdulillah, cara ini paling berkesan.

Caranya ialah dengan amalkan minum  mealshakes . Bau vanila mealshakes membantu untuk hilangkan rasa loya. Selain itu, mealshakes ini juga membantu membekalkan nutrien yang diperlukan.

Amalkan minum mealshakes pada waktu sarapan pagi dan juga sebelum tidur. Alhamdulillah, perut terisi dan tiada lagi masalah angin dan pedih perut.

Jika ibu-ibu ada masalah seperti ini, jangan ragu-ragu untuk mencuba. InshaAllah dapat membantu ibu-ibu dalam menghilangkan rasa loya dan seterusnya mengelakkan daripada muntah.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi Yana di +6014-5090435 (whatsapp).

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.