Cara Merangsang Bayi Membaca

Alhamdulillah,syukur, nikmat Allah yang tak terhitung. Alhamdulillah, Yana diberi peluang untuk merasai nikmat bergelar seorang ibu. Hari ini Aliff baru berusia 18 hari. Mommy nya pula teruja nak rangsang anak nya membaca seawal yang boleh.

Kita sebagai ibu bapa sekarang boleh dikatakan sangat beruntung. Sebabnya sekarang ini terdapat pelbagai bahan bacaan dan pendedahan dalam merangsang perkembangan bayi.


Yana juga inginkan anak yang bijak sejak dari bayi lagi, sebelum Aliff lahir lagi, Yana dan Encik Suami telah terapkan dalam minda siap-siap tentang langkah-langkah yang perlu kami lakukan untuk mendapatkan anak yang bijak. Apa yang penting, selain kita berusaha, jangan lupa juga doa untuk anak-anak yang kita sayangi.

Berikut Yana kongsikan cara Puan Nik Eliani ajar dalam merangsang bayi membaca dalam usia 0-3 bulan. Yana masih dalam proses untuk mengaplikasikan kepada Aliff.

Jom kita baca perkongisan Puan Nik Eliani tentang cara merangsang bayi membaca 0-3 bulan :

1. Usap, Peluk & Cium Bayi


Yana banyak mencurahkan kasih sayang saya melalui pelukan, ciuman dan usapan. 

Menurut neurosaintis, sentuhan, usapan dan ciuman ibu bapa akan merangsang otak bayi untuk mengeluarkan horman yang membantu perkembangan & pertumbuhan bayi . Kasih sayang yang anda curahkan juga akan membantu pertumbuhan dendrait bayi anda.

Usaplah badan bayi anda menggunakan paf bedak atau kapas dan pelbagai fabrik (satin, sifon, baldu, dll) daripada kepala ke kaki. Usapan daripada kepala ke kaki membantu pembentukan myelin pada neuron dan dendrait. Pembentukan myelin membolehkan rangsangan yang diterima dendrait dihantar ke otak dengan lebih cepat. Menurut Dr Susan Ludington-Hoe, ia juga membantu pengawalan koordinasi anggota badan dan perkembangan otot.

Menurut Tony Buzan, penulis buku ‘Brain Child’ , kasih sayang adalah ‘makanan otak'(brain food) anak anda. Hal ini bermakna bayi anda amat memerlukan kasih sayang untuk menjadi anak yang pintar. Jangan sesekali risau anda terlalu manjakan(spoil) bayi anda pada tahap ini.

2. Menyusu


Susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi semua bahan berkhasiat seperti protin, karbohidarat, lemak, vitamin, mineral dan air. Kolustrum yang dihasilkan pada beberapa hari pertama akan membekalkan antibodi untuk bayi anda melawan penyakit. 

Susu ibu sebenarnya anugerah Allah. Kajian menunjukkan susu ibu mengandungi lemak DHA yang amat penting dalam membantu pertumbuhan & perkembangan tisu otak. Susu ibu juga mengandungi ‘taurine’ yang membantu perkembangan otak & saraf.

Menurut Tony Buzan, selain daripada kasih sayang, makanan yang berzat adalah juga makanan otak(brain food) anak anda. Sehingga anak anda berumur 2 tahun, susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuknya. Jadi jangan lepas peluang menyusu bayi anda sehingga dia berumur 2 tahun.

3. Berbual-bual


Menurut kajian terkini, banyak mana anda berbual-bual dengan bayi anda akan mempengaruhi IQ dan kejayaannya nanti. Semasa saya mendapat anak pertama dan kedua, saya tidak pandai berbual dengan bayi. Tetapi setelah menyedari betapa pentingnya kita perlu berbual dengan bayi, saya mula melatih diri saya.

a. Yana suka bercerita kepada bayi apa saja yang sedang Yana lakukan seperti ‘mommy sedang lipat baju baby...baju baby cantik-cantik...”.
b. Sambil Yana lapkan badan bayi, Yana akan memberitahunya “mommy lap badan baby, baby muntahkan susu, kena lap bersih-bersih, pakai bedak. Hmmm wanginya bau baby..."
c. Yana juga menanya soalan “Mana mata baby mommy?” dan menamakan objek di sekeliling “Ini buku. Ini bola…”.

Jangan lupa menggunakan pelbagai intonasi & nada suara apabila berbual dengan bayi. Ia akan menarik tumpuan bayi anda.

Berbual-bual dengan bayi sebegini akan menambah kecerdasan bahasanya. Anak akan terdedah dengan perbendaharaan kata yang luas dan ini akan membantunya memahami perkataan, bertutur, membaca dan menulis nanti.

Menurut kajian terkini, anak sehingga umur 3 tahun perlu mendengar 17000 hingga 20000 perkataan sehari!

Becoklah mulut mommy dan daddy semuanya!

4. Menggantung Mobile


Gantungkan ‘mobile’ hitam-putih, 25cm (10 inci) daripada mata bayi. Ia akan merangsang penglihatan bayi anda.

Kajian daripada Dr Robert Fanzt, Dr T.G.R Bower dan Dr Philip Salapatek membuktikan bayi yang baru lahir lebih gemar memerhatikan bentuk geometri hitam- putih daripada gambar berwarna terang mau pun pastel.

5. Mengimbas Kad / Objek Hitam-Putih


Peluk bayi erat di pangkuan sambil menamakan objek hitam-putih di dalam buku atau kad imbas. Aktiviti ini akan merangsang penglihatan dan pendengaran bayi anda.

Letakkan kad atau objek hitam-putih di tengah penglihatan bayi pada jarak 25cm daripada matanya. Gerakkan 6 inci ke kanan. Berhenti. Gerakkan kad kembali ke tengah. Berhenti. Gerakkan 6 inci ke kiri dan berhenti.

6. Bernyanyi & Menari


Nyanyikan lagu kanak-kanak dengan nada suara yang berbeza-beza. Menari, dodoi atau gerakkan badan bayi sambil menyanyi. Menyanyi juga membantu meningkatkan kecerdasan bahasa anak anda.

Mendodoi bayi perlahan-lahan ke atas ke bawah dan ke kiri ke kanan, akan merangsang sistem vestibular yang mengawal koordinasi dan keseimbangan. menurut kajian mendodoi sebegini membantu perkembangan penglihatan dan pendengaran bayi, membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak dan membantu pertambahan berat badan.

Anda juga boleh mendukung bayi sambil berpusing perlahan-lahan.

7. Senaman Otak


Selepas Yana mandikan bayi, Yana gemar melakukan senaman otak (brain Gym) dengan menggerakkan anggota tangan dan kaki bayi saya secara bersilang. Yana membilang 1, 2, 3… sambil melakukan senaman ini. 

Menurut Dr Paul Dennison, pengasas Brain Gym, pergerakan sebegini akanmengkoordinasikan otak kanak dan kiri bayi. Dengan itu bayi dapat berkembang sebaiknya apabila kedua-dua otak berfungsi bersama (whole brain functioning).

Menurut Dr Carla Hannaford, senaman sebegini akan membantu anak anda belajar membaca,menulis, mengeja dan memahami karangan nanti.

Yana lakukan dan fahamkan apa yang Puan Nik Eliani sampaikan. Yana aplikasikannya sedikit demi sedikit kepada Aliff dan ianya memang menyeronokkan.

Sekarang ini dalam proses nak carikan flashcard untuk Aliff.

Yana selalu tidurkan Aliff sambil dodoikannya dengan selawat nabi sekejap dah telelap.

Berbual dengan bayi anda setiap masa, Yana memang sentiasa berborak dengan Aliff semasa menyusu, mandi, lapkan badan, pakaikan baju dan sebagainya. Seronok rasanya seolah-olah Aliff faham apa yang kita katakan padanya.

Peluk, Cium dan Usap adalah elemen yang penting dan mampu menenangkan bayi kita, aspek ni memang kegemaran Yana tak kiralah apa aktiviti yang dilakukan.

Alhamdulillah, walaupun baru 18 hari menjadi seorang ibu, itu adalah waktu yang indah dan apabila anak meningkat dewasa kita akan merindui dan mengingati momen-momen ini dengan senyuman.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.