Hebatnya Balasan Menderma dan Bersedekah

Ini berkenaan kehebatan bersedekah dan menderma. Semoga kisah ini akan dapat memberikan kita kefahaman.



Kisah Pertama

Seorang suami yang baru keluar dari membayar financing di sebuah bank terkemuka disapa oleh seorang pakcik yang duduk bersila sambil menjual keropok ikan.

" Nak, beli keropok ikan ni. Pakcik dari Patani."

Si isteri yang sedang menunggu di dalam kereta hanya memerhatikan suaminya dan berharap agar suaminya tidak membeli keropok itu. Dia sememangnya pening kepala jika didekati oleh orang minta sedekah atau menjual barang-barang yang bukan keperluan.

" Kenapa abang beli? Dah banyak dah keropok kat rumah. Berapa ringgit tu?"

" RM15". Si suami hanya tersenyum. Kemudian si suami berkata:

" Tak pa. Kita niat bersedekah. Kesian Pakcik tu." Tutur lembut si suami membuatkan isteri sedikit sejuk.


Kisah Kedua
" Eh minyak nak habis la. Kita singgah Shell kejap." Suami membelok masuk ke stesen minyak shell.

Selepas membayar dan suami kembali ke kereta, seorang kanak-kanak menghampiri.

" Assalamu'alaikum bang. Saya dari sekolah agama di kedah. Nak minta derma."

Si suami senyum. Si isteri sudah tahu pasti suaminya akan memberikan juga walau seringgit dua. Dia cuba menggeleng-geleng kepala kepada suaminya agar tidak melayan budak tersebut.

" Ni abang bagi sikit yer....sekolah elok-elok ye". Begitulah ramah si suami.

" Kenapa abang bagi? Entah betul ke tak tu"

Kisah Ketiga
Telefon si suami berbunyi. Ada mesej masuk.

" Ayang...alhamdulillah, ini mungkin berkat dan balasan sedekah kita semalam. Hari ni abang dapat surat dari HR. Gaji abang direvise dan abang dinaikkan pangkat."

" Dan lagi satu, abang dapat pulak better offer dari syarikat lain. Subahanallah....tu lah yang...lain kali kalau ada yg mohon sedekah, jangan persoalkan. Berikan saja. Apa yang kita ada pun bukan milik mutlak kita. Jika kita berkongsi, maka Allah akan balas dengan sesuatu yang tak terfikir oleh kita."

Si isteri menitiskan airmata. Dia sujud syukur dengan rezeki yang datang melimpah. Dia menginsafi apa yang telah berlaku. Sejak dari saat itu, dia sentiasa mencari-cari peluang untuk dia bersedekah.

Alhamdulillah sejak dari kisah yang berlaku itu,rezekinya sekeluarga sentiasa dimudahkan Allah.


Hikmah dan pengajaran
Bersedekah itu adalah sebenarnya berkongsi rezeki yang kita perolehi daripada Allah swt. Dengan berkongsi, kita dapat merasai akan nikmat membantu orang lain. Dan dalam masa yang sama kita telah membantu diri kita sendiri. InsyaAllah Allah akan menggantikan apa yang telah kita berikan kepada orang lain.

Yang penting niat mestilah ikhlas kerana Allah.

1 comment... add one now

Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 24 Julai 2015 11:25 PG
betul tu.. x rugi kita menderma.. balasan kadang dpt kat dunia..
kadang Allah simpan dlu nnt kasi kat akhirat..

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.