Pesan Mak/Mak Mertua Kepada Anak & Menantu

Assalamualaikum dan hai.

Selamat hari raya aidilfitri semua. Yana tertarik untuk berkongsi dengan anda semua tentang info hari raya Pesan Mak/Mak Mertua Kepada Anak & Menantu yang Yana jumpa di facebook.


Kalau diteliti info raya ini, ada juga benarnya. Sama-samalah tepuk dada, tanya selera :)

Pesan mak/mak mertua kepada anak dan menantu:

1. Mak bukan orang gaji yang kena sediakan juadah untuk korang anak beranak

2. Mak bukan orang gaji yang nak kena kemas tempat tidur korang anak beranak.

3. Rumah mak bukan padang pemainan, jadi kawal anak-anak kamu

4. Mak bukan isteri perdana menteri yang ada simpanan berjuta untuk sponsor makanan raya kepada korang anak beranak....

5. Mak bukan ada kedai dobi untuk basuh segala cadar yang ditinggalkan lepas raya nanti. Pandai-pandai lah cuci dulu sebelum balik...

6. Rumah mak bukan dewan parlimen, dimana ipar duai nak kecik hati sesama.

7. Rumah mak bukan hotel, taulah korang dah bagi duit raya sorang RM500....jadi ringan-ringankan diri untuk bantu kerja di dapur..

8. Jagalah aurat di rumah mak. Masa ni ipar duai yang bukan mahram pun ada...

9. Jaga pergaulan antara anak-anak kamu semua dengan sepupu mereka....ingat sepupu lelaki dan perempuan bukan mahram...

10. Last...rumah mak ni bukan studio gambar ye....jadi janganlah sibuk nak rakam gambar famili di pagi-pagi raya sampaikan lupa nak ziarah rumah jiran2....

Yang ikhlas,

Mertuamu, mertuaku

1 comment... add one now

Pha Is Pha Is 26 Julai 2015 2:22 PG
betol2... setuju sangat... sbb saya sendiri prnah rasa bila saudara balik beraya.. tapi tak semua macam tu.. :)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.