Resepi Biskut Sarang Semut Menjadi Kuning Keemasan

Tak lama lagi nak raya dah. Antara biskut raya yang menjadi kegemaran kami sekeluarga ialah biskut sarang semut.

Sarang Emas


Kali ini biskut sarang semut ini dinamakan sarang emas sebabnya warna biskut ini yang kuning keemasan.

SARANG EMAS (GOLDEN NEST)
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

150g butter cup
60g gula ising
1 sudu teh esen vanilla
150g tepung castard* (brand Nona)
75g tepung gandum*

Hiasan:
Choc rice / colour rice
Papercup size kecil

(Bahan-bahan * diayak bersama terlebih dahulu)

Cara-cara:

1. Satukan butter dan gula dan pukul sebati.

2. Masukkan esen vanilla. Pukul sebati.

3. Masukkan tepung yang telah diayak ke dlm adunan. Gaul dengan tangan hingga jadi doh yang lembut.

4. Kemudian boleh lah diparut ke dalam cawan kertas sampai PENUH MEMBUKIT. Letak hiasan yang bersesuaian.

5. Bakar suhu 160°c selama 15 - 20 minit ikut kesesuaian oven masing-masing. Guna api atas dan bawah yee...

-------------------

SARANG SEMUT ni satu je songehnya, susah nak hasilkan sarang yang cantik. Yana percaya sesiapa yang pernah cuba buat sarang semut ni frust bila sarang tak mnjadi kann? Kalau tak keras, berderai... kalau tak berderai, keras... hmm

Ok, ini beberapa tips yang Yana boleh share supaya GOLDEN NEST ini menjadi... dan boleh jadi lagi mahal dari sarang burung layang-layang.

Tips:

1. Ada dua cara nk parut sarang semut ni. Yang biasa orang buat, parut dalam bekas dan sudukan masuk dalam cup.

Tapi bila guna sudu, masa dok ceduk tu akan buatkan sarang kita jadi padat dan kurang la rongga kat dalam sarang kita.
 
Kalau nak sarang nampak gebu macam nii:

Parut direct masuk dalam cup sampai betul-betul penuh membukit. Yang berselerak dan bertabur tu abaikn je. Nak sarang nmpak cantik kan.

parut sehingga betul-betul membukit

Yang berselerak tu, kutip dan kepal balik. Kemudian nanti boleh parut semula ke dalam cup.

2. Banyak yang suruh sejukkan dulu sebelum parut, pun boleh. Ini sebab doh ni lembut dan susah nak parut. Tapi guna tips ni untuk senang parut.

Masa parut, selalu la kepal-kepalkan semula doh tu supaya senang nak parut. Kepalkn doh, parut... Kepal-kepalkan lagi, parut... Begitulah diulang sampai habis.

3. Bila dah parut dalam cup, JANGAN nak TEKAN pula. Biar je dia membukit. Cukup sekadar kemas-kemaskan keliling cup supaya sarang elok terletak dalam cup.
Kalau tekan nanti sarang jadi padat.

4. Guna lubang parutan yang kecil untuk menghasilkan sarang yang gebu. Lubangnya lebih kurang besar batang mancis tu je... Memang jenuh nak parut, sabar je laa...

lubang parut yang kecil


5. Rahsia sarang berwarna kuning keemasan tanpa pewarna? Rahsianya pada tepung custardn BRAND NONA... 

Tepung Custard Brand Nona

Pakai tepung custard brand lain, warna kuning jadi pucat.

Selamat mencuba.

Kalau dah siap buat, cari la mana-mana tempat nak sorok biskut ni... bwh katil ke... dalam almari baju ke... dalam mesin basuh ke hehe

Sebab kalau setakat seal balang tu, hmm... memang tak makan saman.

Semoga bermanfaat.

Sumber: FB Dari Dapur Seorang Amatur

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.