Resepi Cream Caramel Enak Untuk Berbuka Puasa

CREAM CARAMEL...

Satu hidangan yang menyelerakan, tambah-tambah kalau kita makan yang baru keluar dari peti ais sebaik sahaja berbuka puasa. Memang sedap.

cream caramel

Nak buat cream caramel ni nampak mudah tapi tak semudah yang kita nampak. Hehe

Cream caramel ini sebenarnya ada 3:

1. Puding agar-agar caramel - pakai agar-agar, tak menggunakan telur... hanya perlu disejukkan dalam peti ais dan boleh terus dimakan. Tekstur halus dan licin mcm agar-agar.

2. Puding Cream caramel - menggunakan telur dan perlu dikukus. Juga enak disantap waktu dingin. Tekstur sangat lembut dan halus macam taufu fa... rasa lebih lemak berkrim dari agar-agar caramel.

3. Puding Roti caramel - sama kaedah macam cream caramel, guna telur dan perlu dikukus. Resepi ditambah dgn bebrapa keping roti untuk mengeraskan sedikit tekstur puding.


Jom check out resepi suka-suka hati ini pula:

Sumber: FB Dari Dapur Seorang Amatur


PUDING CREAM CARAMEL

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

120ml susu full cream (susu kotak)
300ml air
5 biji telur B
4 sudu besar susu pekat (pakai F&N)
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar esen vanilla

Cara-cara:

1. Dalam satu bekas, campurkan semua bahan dan KACAU sebati. Kacau pakai whisk senang kerja. Dah sudah, ketepikan kejap, kita buat caramel pula.

2. Taburkan 5 sudu besar gula pasir dalam loyang tin tahan panas... loyang ni nanti kita akan guna terus untuk kukus cream caramel kita nanti ye. Jadi pastikan saiz bersesuaian. Guna loyang bulat 7 inci, ngam-ngam muat je.

3. Bila gula dah PERANG, tutup api dan angkat. Gunakan kehandalan anda dalam mengadjust caramel agar sekata dalam loyang.
Tips:
Angkat je loyang tu (hati-hati sebab loyang sangat panas)... tegakkan dan biar caramel tu mengalir sendiri... senget-sengetkan sikit loyang tu... pusing-pusingkan sedikit dan caramel akan serata ke seluruh loyang dengan mudah sekali.

4. Sekarang boleh la tuang bancuhan puding kita tadi ke dalam loyang gula caramel tu.

5. Kukus selama 30 minit, ibu-ibu boleh check dulu samada puding tu dah beku atau belum. Kalau belum, boleh tambah masa mengukus lagi 10 minit.

6. Sejukkan cream caramel kita di luar sebentar kemudian masukkan dalam peti ais supaya teksturnya menjadi lebih pejal.

Cream caramel kita dah sedia untuk disantap lepas berbuka puasa. Hati-hati masa nak terbalikkan sebab dessert kita ni sangat lembut ye

-----------

Kesilapan yang biasa dilakukan:

*Pukul adunan sampai kembang semangkuk.

Kita bukan nk buat kek, jadi PUKUL tak payah la smpai speed kereta ferrari... KACAU ala kadar sudah hingga semua bahan sebati.

Tak payah nak pukul pakai mixer... atau blander... Paling ganas kacau pakai whisker pun dah cukup.


*Gula dibiarkan trlebih hangus!

Panaskn gula tu api perlahan dah laa... Godek-godek la selalu gula tu supaya cair sekata dan tak hangus. Bila gula cair sempurna dan warna berubah KEPERANGAN, maknanya caramel dah siap. Tak perlu tunggu sampai warna coklat, itu gula hangit namanya. Kalau hangit, jangan pakai sebab nanti cream caramel kita akan rasa pahit.

Ramai orang, baru sampai step buat caramel ni pun dah fail... So, hati-hati di jalan raya ye. Usah kata orang, kita pun sama je.


*Adunan tak nak beku walau dikukus lama.

Itu maknanya dah terlebih air. Tak perlu risau, kukus je lagi sampai adunan membeku.

Perlu diingatkan di sini, puding ni memang lembik ye, jadi jangan ibu-ibu ingat tak masak/beku pula, nanti bila dah sejuk dan lepas dimasukkan dalam peti ais, puding kita akan lebih pejal... So dont worry ye.


*Puding berbau hanyir.

Perlu lebihkan esen vanilla.... Sbb tu dalam resepi ni, esen vanilla pakai sudu besar... tak ada pakai sedikit. Esen vanilla memang kena banyak kalau tak, memang tak boleh cover bau telur.

Dalam resepi ni juga, masukkan tepung kastard sedikit. Di samping fungsi penyumbang untuk memejalkan puding kita, baunya yang wangi sedikit sebanyak menutup bau hanyir telur.


*Resepi yg lain mesti buat caramel dulu, baru bancuh bahan-bahan yg lain... Kenapa resepi ni buat puding dulu... pastu baru buat caramel?

Hehee... mesti rmai pelik kan?

Sebab caramel ini TAK LETAK AIR... guna gula semata. Mudah dan senang... Bila tak ada air, caramel akan mmBEKU sangat CEPAT.

Sebab tu perlu siapkan bahan bancuhan dulu, dan terus tuang dalam caramel. Kalau buat caramel dulu, pakai beku jadi batu la duk menunggu...

---------

Pada yang nak pakai sukatan CAWAN, ini ada siap-siap sukatan cawan... tak payah nak jawab banyak-banyak soalan kan? Hehee...


1/2 cwn susu full cream
1 1/4 cwn air
5 biji telur B
4 sudu besar susu pekat
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar esen vanilla

Selamat mencuba!

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.