Resepi ESP Kurma Milk Shake, Minuman Pemberi Tenaga & Rasa Kenyang

Setiap hari rasa lemau, rasa letih. Sampai kat tempat kerja pun asyik mengantuk. Tak sampai tengahari sudah rasa mengantuk. Ada banyak faktor penyebab rasa mengantuk ini, antaranya ialah mungkin kita tidak mengambil sarapan ataupun makan terlalu banyak sehingga rasa mengantuk dan penat untuk meneruskan kerja.


Jadi, ada cara bagi menghilangkan rasa penat malah dapat membekalkan tenaga? Kali ini Yana berkongsi rahsia minuman ringkas pemberi tenaga sepanjang hari iaitu resepi ESP kurma milk shake. Malah jika ada yang berpuasa sunat, minuman ini baik untuk anda semua sebagai menu sahur.


BACA: Risau Kena Buang Kerja? : 6 Cara Elak Mengantuk Di Pejabat


Semua maklum, makan kurma dapat memberikan tenaga. Kurma bukan sahaja makanana sunah mengikut Islam malah kaya dengan glukos dan serat tambahan, ia membantu memberi tenaga tambahan dengan cepat.

Untuk pengetahuan semua, pengambilan minuman manis seperti minuman bergula akan diserap selama 20-30 minit kerana kandungan gula yang tinggi. 

Sedangkan kurma menyerap di dalam badan selama 45-60 minit dan ia berjaya membuktikan bahawa buah kurma pembekal tenaga yang berkekalan. 

Untuk yang mahu rasa kenyang, Yana sarankan makan kurma bersama air susudan juga Energizing Soy Protein (ESP). ESP merupakan soya yang kaya dengan protein dan dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Air susu merupakan minuman anti asid yang baik di mana ia membantu mengelak pedih ulu hati ketika bulan puasa.


Bahan-bahan:

  1. 5 biji buah kurma
  2. Susu kotak, susu segar atau susu tepung
  3. Ais
  4. Kismis *tambahan*
  5. Pisang *tambahan*
  6. 3 sudu Energizing Soy Protein (ESP) *tambahan*

Cara membuat:
  1. Biji buah kurma dibuang dan direndam ke dalam air panas untuk melembutkannya. 
  2. Kemudian dikisar bersama air susu dan juga ESP mengikut jumlah hidangan dan beberapa ketul ais. 
  3. Kemudian, taburkan kismis/pisang supaya memberi rasa manis apabila mengunyah ketika minum.

Senang je kan?

Bolehlah mencubanya sekarang!

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.