Resepi Kek Coklat Dihasilkan Dengan Periuk Nasi Sahaja

Nak dekat raya ni, ibu-ibu sudah semestinya sibuk nak buat kek raya kan. Tiba-tiba nak buat, oven pula rosak. Nak kena beli baru pula. Tak perlu beli baru ya ibu-ibu, kita jimatkan perbelanjaan beli oven itu dengan menggunakan periuk nasi sahaja. Kali ini, Yana kongsikan resepi untuk buat kek coklat dengan menggunakan periuk nasi.



Adik-adik kakak-kakak yang tinggal kat rumah bujang dan ada periuk nasi pun boleh cuba resepi kek coklat yang mudah ini hanya dengan menggunkan periuk nasi.

Jangan terkejut sekiranya kek coklat boleh dihasilkan dengan menggunakan periuk nasi sahaja. Memang lepas ni ramai la yang cuba resepi mudah ini.

Bahan-bahan:

1. 1 1/2 cawan tepung
2. 1/2 cawan gula
3. 4 sudu besar serbuk koko
4. 1 sudu kecil soda penaik
5. 1/2 sudu kecil garam
6. 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
7. 1/4 sudu kecil serbuk penaik ‘double-acting’
8. 90ml minyak bunga matahari
9. 1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
10. 1 sudu besar cuka
11. 1 cawan air

Cara menyediakan:

1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan.
2. Untuk adunan seterusnya, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati.
3. Campurkan kedua-dua adunan (adunan 1 dan 2) kering dan basah, kacau sehingga lembut.
4. Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi.
5. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit.
6. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
7. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk.
8. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper.
9. Taburkan gula iasing ke atas kek.

Mudahkan? Selamat mencuba!

2 comments.. read them below or add one

Ms. Kejupenyet Ms. Kejupenyet 5 Julai 2015 9:02 PG
wah tersangat mudah dan cepat nie.. InsyaAllah nnt boleh try buat :)

jom singgah ke teratak http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/ga-kawaidesu-concept-raya-2015-bernilai.html
Maisarah Maisarah 8 Mei 2016 1:19 PTG
Cari resepi kek dalam periuk.. Maleh nak guna.oven. Btw, tq share.

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.