Resepi Terung Goreng Berlada Sedap Dimakan Begitu Sahaja

Biasanya apabila ada terung, dibuat masak lemak pun sedap. Tapi memandangkan santan pun tak ada dalam peti ais, kita tukarlah menunya kepada terung goreng berlada.



Terung goreng berlada di antara kesukaan Yana sekeluarga. Berikut Yana kongsikan resepinya. Yana gunakan ikan bilis untuk menggantikan udang kering sebabnya Yana alah kepada udang kering. Ibu-ibu yang gemar udang kering, bolehlah gantikan ikan bilis tersebut dengan udang kering.

Terung Goreng Berlada

Bahan-bahan:

1. 3 biji terung - belah 2 dan potong 3 - rendam dalam air untuk elak lebam
2. 1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
3. 1 labu bawang besar - mayang kasar
4. Garam/perasa pilihan

Bahan blender:
1. 4 biji cili merah
2. 1 genggam ikan bilis - rendam hingga kembang dan toskan (boleh ganti dengan udang kering)
3. 3 ulas bawang putih
4. 3 ulas bawang merah
5. 3 biji cili kering
6. 1 cm halia

Cara:

1. Blender bahan-bahan. Goreng terung hingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan blender hingga pecah minyak.
3. Masukkan pati asam jawa, bawang besar dan biarkan seketika sehingga bawang layu. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
4. Padamkan api dapur dan tuang bahan tumis ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Telur goreng berlada ini sangat sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi panas.

Selamat mencuba. Kalau dah cuba, jalan lupa kongsikan nanti.

4 comments.. read them below or add one

Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 5 Julai 2015 5:49 PG
Sedapnya..kalau mkn waktu sahur nie memang best..pembuka selera..
MamaBard MamaBard 15 Julai 2015 8:10 PG
saya tak reti makan terung..nanti kena cuba makan jugaklah...
Eellee Nana Eellee Nana 31 Ogos 2015 9:25 PG
Kata suami saya, rasanya lebih enak dari ayam
Eellee Nana Eellee Nana 31 Ogos 2015 9:26 PG
Yana pun tak berapa gemarkan terung. Tapi sebab encik suami yang request, Yana masakkan

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.