Review Ephyra Skin Bar by Oceanlife

Alhamdulillah, parcel Ephyra Skin Bar dari Ocean Life telah selamat sampai pada tangan Yana pada minggu lepas. Kebetulan pada masa itu Yana berada di wad lagi. Jadi, baru sekarang berkesempatan untuk review Ephyra Skin Bar ini.

Yana tengok kakak ipar, kawan-kawan pakai memang bersih sungguh kulit mereka. Alhamdulillah, rezeki Yana pula untuk cuba sendiri Ephyra Skin Bar ini.

Memandangkan Yana baru sahaja seminggu mencuba produk Ephyra Skin Bar ini, perubahan yang paling Yana nampak ialah kulit tidak lagi berminyak. Sebelum ini, Yana mengalami masalah kulit berminyak. Lagi satu kesan yang Yana alami ialah kulit menjadi semakin lembut.

Untuk kesan yang lebih optimum, boleh ambil bersama dengan minuman kesihatan Ephyra.


Selaini itu, Ephyra Skin Bar ini mengandungi banyak kelebihan. Antara kelebihannya ialah:
  • Ciri-ciri antioksida - Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan - Pengggunaan Ephyra Skin Bar secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat - melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit - Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan Ephyra Skin Bar, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione - bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Ephyra Skin Bar ini juga diperbuat daripada bahan semulajadi. Kesemua bahan ini telah diformulasi dengan penyelidikan yang teliti dari pihak Oceanlife.

Ingredients: Glutathione, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Fish Collagen, Seaweed, Carrot Extract, Banana enzyme, Rich Brand Oil, Glycerin, Aromatherapy fragrance.
  • Glutathione - Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract - Paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam.
  • Kolagen - Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
  • Glyserin - Merawat kulit berminyak yang menyumbang kepada masalah jerawat serta masalah kulit lain. Sangat berguna merawat mesalah eczema dan mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit. Ia juga memberi kelembapan pada kulit.
  • Banana Enzyme - Bertindak sebagai egen anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan tona kulit disamping menjadikan kulit lebih licin, halus da berseri.
  • Seaweed - Salah satu agen anti keradangan kepada jerawat; rumpai laut atau seaweed menjadikan kulit lebih anjal, menaikkan seri wajah serta menjadikan kulit lebih tegang.
  • Carrot Extract - Sifat anti keradangannya membantu menggiatkan semula sel kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata, bersinar serta membantu memperbaiki tisu kulit, melindungi kulit dari pancaran sinar matahari.
  • Rice Bran Oil - Bahan semula jadi yang diperkaya dengan kandungan vitamin, nutrien dan agen anti oksida yang mampu merawat penuaan serta menyuburkan kulit dari dalam disamping memperbaharui dan memperbaiki permukaan kulit.

3 Minit Gunakan Ephyra Skin Bar



  1. Basahkan wajah dengan air
  2. Gosokkan Ephyra Skin Bar pada telapak tangan
  3. Urut secara lembut pada wajah selama 2-3 minit
  4. Bilas dan sapukan pelembap pada kulit
  5. Untuk kulit yang lebih gelap/bermasalah gunakan Ephyra Skin Bar 2-3 kali sehari.

Untuk anda yang nak dapatkan Ephyra Skin Bar ini, boleh hubungi maklumat yang tertera:

INSTAGRAM : @ephyraskin

2 comments.. read them below or add one

Azieera TajulRahim Azieera TajulRahim 2 Julai 2015 10:36 PG
Pakai ni mmg best sis, sy sendiri pon pkai & jual... sgt puas hati sbb sepanjang pakai kulit segar sepanjang hari dan masalah white head dah tak ada!
Eellee Nana Eellee Nana 3 Julai 2015 10:54 PG
Alhamdulillah, ada perubahan positif :)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.