Set Berpantang Shaklee (Untuk yang Bersalin Normal/ Cesarean)

Suplement turut membantu dalam penyembuhan luka bersalin. Set berpantang Shaklee sesuai untuk yang bersalin normal atau Cesarean. Ibu-ibu juga tidak perlu risau menggunakan set ini kerana:


1. Boleh teruskan digunakan walaupun bayi menghidapi Jaundis (Kuning).

2. Membantu dalam penyembuhan luka melalui tindakan dalaman tanpa perlu krim, minyak herba atau makanan tambahan lain seperti sup ikan haruan yang agak sukar untuk disediakan. Bagi ibu yang berpantang sendiri, set ini sudah mencukupi tanpa perlu bersusah-payah memikirkan makanan tambahan seperti ibu yang berpantang dijaga.

3. Tiada efek panas seperti jamu yang tidak sesuai pada ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif.

4. Boleh terus digunakan walaupun selepas bersalin kerana set ini juga akan mencantikkan kulit ibu, membuatkan wajah berseri-seri serta tidak pucat dan merapatkan keintiman di dalam hubungan suami isteri.

5. Bertindak sebagai "perapat" jika anda turut mengambil alfalfa bersama set ini.



Fungsi vitamin di dalam set ini:

B Complex

B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.


Vita-C (Sustaine Realease Vita-C)

Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.


Vitalea (Multivitamin with iron)

Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.


Zinc Complex

Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan/pati ikan haruan atau air gamat yang sedikit hanyir, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan atau gamat. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.


Bertambah efektif jika diambil bersama:

ESP dan ALFALFA membantu merangsang aliran susu ibu dengan lebih baik, memulihkan tisu-tisu dalam badan dan memulihkan organ-organ dalaman wanita.(TERBAIK! bertindak sebagai kacip fatimah)

Ostematrix membantu mencegah masalah sembelit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas bersalin.

Set Berpantang Shaklee (Untuk yang Bersalin Normal/ Cesarean)

2 comments.. read them below or add one

Dkna Abza Dkna Abza 10 Julai 2015 10:39 PG
masa mengandung dan berpantang, dkna amalkan shaklee

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.