Cara Mudah Hilangkan Kembung Perut Supaya Bayi Tidur Lena

Salah satu sebab baby meragam adalah kembung perut. Kembung perut ini sentiasa berlaku kepada baby. Kali ini Yana nak kongsikan cara paling mudah untuk hilangkan kembung perut bayi.



Pernah juga Aliff menangis dan meragam tak nak tidur. Bila cek tengok, kembung perut rupanya.

Berikut Yana kongsikan teknik yoga untuk hilangkan kembung perut baby.

Teknik Hilangkan Kembung Perut Bayi

Mula-mula, kita perlu gerak-gerakkan kaki bayi secara berselang-seli macam gaya orang tengah kayuh basikal. Buat berulang-ulang kali.

Seterusnya, luruskan kedua-dua kaki bayi dahulu dan kemudian tolak kedua-dua kaki rapat ke arah perut. (lutut rapat ke perut, untuk bagi punggung bayi terangkat)

Ulang langkah-langkah di atas beberapa kali. Dan tak lama lepas tu bayi akan terkentut-kentut.

Bila dah banyak kali kentut, memang bayi dah lega dah tu. InsyaAllah bayi boleh tidur lena selepas teknik urutan mudah ini.

Untuk lebih senang faham, boleh tengok video ini;


Selain itu, boleh juga sapukan minyak telon kat perut bayi. Yana lebih suka sapukan tropika baby herbal cream. Cream ini walaupun agak mahal berbanding dengan minyak telon tapi berkesan pada Aliff.

Selamat mencuba teknik hilangkan kembung perut baby.

2 comments.. read them below or add one

Lieya Von Jay Lieya Von Jay 14 Ogos 2015 3:33 PTG
menarik tips ni... insyaAllah akan amal bila ada anak nti :)
Eellee Nana Eellee Nana 31 Ogos 2015 9:05 PG
Tq awak sudi singgah sini. Actually Yana sendiri pun amalkan tips ini. Dan Yana juga banyak kongsikan tips2 parenting lain di blog ini. Sudilah kiranya awak belek2 blog ini dan sama2 berinteraksi dengan Yana agar Yana boleh perbaiki lagi blog ini.

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.