Cipta "Daddy-and-Son Moment" Anda

Cipta "Daddy-and-Son Moment" Anda



Tak kira sebaik mana perhatian dan kasih sayang kita curahkan kepada anak-anak, satu perkara yang perlu kita fahami ialah setiap anak perlukan perhatian tersendiri khusus untuk mereka.

Memori dengan ayah/ibu ketika kecil, biasanya ialah apabila kita spent 'quality time' bersama mereka dalam suasana yang tidak terganggu oleh suasana lain. Macam saya, favourite time saya, bila ayah saya bawa saya ke kebun tanam anak getah. walaupun dia tahu anak dia takkan jadi penoreh getah, itu 'moment' yang dia guna untuk ajar saya erti pengorbanan dalam hidup. Waktu itu tiada orang lain, hanya kami berdua.

Ibubapa harus peruntukan masa khusus - one-to-one, uniterrupted dengan setiap anak sekurang-kurangnya sekali seminggu. Maksudnya jika anda ada 5 anak, setiap anak harus ada masa bersama ayah, ibu berasingan yang ditetapkan khas untuknya.

tidak kira keluar berdua, berkebun bersama, didapur bersama, baca buku berdua, melukis berdua atau apa juga aktiviti. yang penting anak itu rasa bahawa ini masa yang khusus diperuntukkan 'istimewa' untuknya.

Jika ayah bersama anak yang sulung, ibu ambil peranan layan anak-anak yang lain supaya ayah ada kualiti time bersama anak sulung pada waktu ini. begitulah sebaliknya.

Inilah waktu berharga yang anda berdua boleh saling berkongsi, memahami dan meluahkan apa yang terbuku di hati. Secara pskiloginya, ia merupakan kaedah terbaik untuk anak membina kepercayaan terhadap ibubapa dan menjadi outlet terbaik untuk mereka meluahkan rasa hati.

Bila anda biasakan anak-anak dengan 'moment' ini, sejak kecil, anda tidak akan berasa janggal apabila perlu 'slow-talk' dengan anak bila mereka remaja untuk bercerita soal emosi, perasaan, cinta, perkembangan personaliti, masalah peribadi yang akan makin kompleks bila mereka remaja. Ini kerana mereka ada 'daddy-son, mommy-daughter, daddy-daughter, mommy-son moment' mereka sendiri untuk mereka gunakan.

Bila kita sentiasa sediakan 'bahu' untuk mereka bersandar, harapnya tidaklah mereka mencari 'bahu' lain untuk bersandar bila ada masalah ketika dewasa kelak. Apatah lagi kalau bahu itu bahu yang haram untuk mereka sentuh.


Sumber: FB Dr Rozanizam Zakaria

2 comments.. read them below or add one

Dyana Hassan Dyana Hassan 25 Ogos 2015 1:52 PTG
Hi awak.. baru buat giveaway khas untuk raya aidil adha.. jom la join kalau berminat.. tq =)

http://minjee08.blogspot.com/2015/08/nak-menang-baju-raya-aidil-adha-cepat.html
Eellee Nana Eellee Nana 31 Ogos 2015 9:01 PG
Hi awak. Inshallah nanti bila berkelapangan kita singgah blog awak ya. Terima kasih sudi jemput

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.