Resepi Air Lai Chikang

Kehangatan raya masih terasa. Ramai yang kunjung mengunjung ke rumah terbuka pula. Adaibu-ibu pening nak sediakan air minuman apa kepada tetamu? Dengan keadaan cuaca sekarang yang hangat, apa kata ibu-ibu sediakan Air Lai Chikang. Air Lai Chikang ini bagus untuk mengeluarkan kepanasan badan.

Berikut Yana kongsikan resepinya. Nak buat pun senang sahaja.

Resepi Air Lai Chikang
Bagus untuk mengeluarkan kepanasan badan

Air Lai Chikang

Bahan-bahan yang diperlukan:




Longan kering direndam dan rebus
Kurma merah kering rendam dan rebus
Kembang semangkuk rendam dalam air panas ia akan kembang
Buah halwa kundur
Biji barley yang direndam kemudian direbus terlebih dahulu
Cendawan putih direndam air biasa
Kismis
Laici
Biji selasih direndam dengan air panas
Buah kelapa laut (dlm tin ada jual kat pasaraya)
Nata de coco
Kacang goreng dibuang kulit
Cincau
1 @ 1/2 ketul gula melaka (direbus dgn sedikit air dan tapis utk buang bendasing)
Gula batu beberapa ketul
Air secukupnya dan daun pandan simpul


Caranya
1, Rebus biji barley serta daun pandan simpul sehingga empuk... kemudian
masukkan longan kering,kurma merah sehingga lembut
2. Masukkan air gula melaka dan gula batu rasa kemanisan nya..jika tawar boleh
tambah gula pasir secukupnya dan sejukkan
3. Agak-agak dah suam-suam boleh la taruk kesemua bahan-bahan yang lain
4. Boleh dimakan sejuk (letak ais) atau panas
## bahan-bahan ni boleh didapati di pasaraya atau di pasar

Sumber : FB Tahrunnisah Jali

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.