Resepi Butter Prawn Sedap Sehingga Menjilat Jari

Resepi Butter Prawn

Semerbak bau gorengan udang. Tambah-tambah lagi resepi butter prawn. Alahai, menusuk kalbu sungguh.

Ini Yana tepek resepi Butter Prawn dari FB Tahrunnisah Jali.

Butter Prawn

Bahan gorengan udang

Bahan-bahan untuk butter prawn
Antara alat untuk membuat butter prawn

1/2kg udang sederhana besar atau besar yang dipotong muncungnya dan juga bahagian ekor yang tajam sahaja
garam dan gula
lada sulah sikit
kunyit debu sikit
4@5 biji cili api yang dimayang nipis (terpulang pada kepedasan sebenarnya pedas yang sedapnya)
3 tangkai daun kari dicarik-carik
2 ulas bawang putih dicincang halus



Bahan untuk sarang berantai
3 biji kuning telur
3 sudu besar butter/marjerin
250ml minyak masak
secubit je garam
acuan roti jala
senduk bulat
kuali


Caranya

1. Udang dicampurkan dengan garam, gula sikit je, lada sulah sikit dan kunyit debu sikit. ketepikan


Untuk membuat sarang telur berantai

1. Kuning telur dikacau/pukul sederhana sahaja dan sekejap je ye kacau.agak2 sebati je

2. Masukkan dalam acuan roti jala

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak..kemudian masukkan butter..minyak dan butter harus panas ye supaya nanti telou berantai dengan cantiknya

4. Pegang acuan roti jala dengan tangan kanan dan senduk bulat tangan kiri (atau mana-mana la ye yang selesa)

Cara tuang adunan telur

5. Bersedia untuk beraksi.. TUANG ADUNAN TELUR DENGAN JARAK YANG AGAK TINGGI DARI KUALI... (pada gambar) SEMENTARA TANGAN SATU LAGI PUTARKAN/KACAU SENDUK TADI JANGAN BEHENTI YE..PUTAR/KACAU SATU ARAH SAHAJA..TUANG HINGGA ABIS DAN PUTARKAN SENDUK TADI..DAH ABIS BARU BEHENTI PUTAR/KACAU...PUTAR/KACAU DENGAN PERLAHAN SAHAJA (pada gambar)

Putarkan telur dengan senduk
Telur bersarang

6. Goreng adunan tadi hingga kuning keemasan ..jika minyak membuak-buak kacau perlahan-lahan ..

7. Guna penapis masukkan sarang telur tadi dan toskan minyak nya dengan menekan sedikit sarang telur tu supaya minyak turun... jika rasa berminyak lagi guna tisu serap minyak.. ketepikan



Cara untuk menggoreng udang

1. Campurkan udang, kunyit, lada sulah, garam dan sedikit gula

2. Panaskan kuali masukkan sedikit minyak lebihan kita goreng telur tadi

3. Masukkan daun kari yang dicarik-carikkan dan masukkan bawang putih..goreng hingga naik bau dan masukkan cili api mayang tadi

4. Masukkan udang dan masak jangan terlalu lama...jika lama udang jadi keras

5. Angkat dan toskan


Dalam pinggan masukkan udang dan tabur sarang telur tadi diatasnya..

Selamat mencuba.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.