Teguran Ustaz Zaharudin kepada pegawai Jabatan Agama

Umum mengetahui bahawa penyanyi Stacy AF telah pun memilih untuk memeluk agama Islam pada minggu ini. Namun timbul kekecohan dimana gambar dan video Stacy memeluk Islam telah tersebar di media sosial tanpa kebenaran Stacy. 


Setelah tersebarnya gambar tersebut, penyanyi Akim AF (kawan rapat Stacy) turut berang dengan tindakan pihak berkenaan yang tidak amanah dan tidak menjaga privasi Stacy. 


Hari ini, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman seorang penceramah terkenal mengeluarkan suatu kenyataan (dipercayai merujuk kepada kes Stacy) menegur tindakan pegawai terbabit. 

Ustaz Zaharuddin menegaskan, tindakan itu adalah suatu kesalahan moral dan etika pegawai. Tindakan itu (menyiarkan gambar dan video tanpa kebenaran) adalah HARAM kerana telah membuka rahsia peribadi seseorang. 

Penulis difahamkan bahawa Stacy telahpun membuat kenyataan memaafkan pegawai terbabit. Namun seharusnya kita sebagai seorang muslim, apatah lagi mereka yang berkerja di jabatan agama dan menerima pendapatan gaji atas urusan agama seharusnya lebih AMANAH dalam menjalankan tugas. 

Penulis juga berharap, Stacy menemui ketenangan yang diharapkan dan berdoa agar Stacy dan kita semua mendapat Hidayah berterusan dari Allah SWT. 

1 comment... add one now

husna zahidi husna zahidi 27 Ogos 2015 10:53 PG
patutlaa angle gambar yg di ambek pon mcm lain mcm.. rupanya curi2.. kesian stacy..

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.