Amalkan tips SEO secara konsisten, trafik blog meningkat sebanyak 3kaliganda!

Mengamalkan tips SEO yang betul boleh bantu tingkatkan bilangan pengunjung blog anda.


  • Bermula dengan 28PV sahaja pada bulan pertama dilancarkan.
  • Eellee Beauty kini mencatatkan purata pageview PV 2K sehari.
  • Kami berazam untuk mencapai milestone terbaru untuk hit 100k PV sebulan!


.
Alhamdulillah, segala kerja keras (google, baca, study dan amalkan) tips SEO dari pelbagai sumber rujukan kini membuahkan hasil.

Bermula pada jun 2013 dengan menggunakan blogspot, Pageview (PV) bulanan hanya mencatatkan bilangan sebanyak 28 PV sahaja. Bermula secara suka-suka kerana ingin mencari pendapatan tambahan dengan Shaklee, Yana bermula dengan hanya ilmu basic blogging yang dipelajari semasa zaman universiti.

Walaupun mula mengenali blogspot pada tahun 2008, namun tujuan Yana pada awal dahulu hanyalah sekadar mengikut trend remaja pada masa itu yang kebanyakannya mempunyai blog peribadi. Perlu diingat, pada tahun tersebut (2008) Friendster masih gah memegang takhta sebagai laman web paling kerap dikunjungi di Malaysia walaupun wabak Facebook sudah mula merebak. Kalau nak sebut cerita dulu-dulu ada myspace, tagged memang tak habislah adik oiii..

Tahun 2013, Yana memulakan blog Eellee Beauty dibantu dengan idea dari ex-fiance a.k.a En Hubby. Mula-mula memang agak mendukacitakan sebab buat entry, tapi tak ramai yang baca.


SETERUSNYA: Apa yang Yana buat?

Baik ini adalah statistik sebenar blog Eellee Beauty seperti yang terpapar di dashboard blogger @ blogspot Yana.

Statistik bilangan Pageview Eellee Beauty
TahunBulanPageview
2013Jun28
Julai33
Ogos85
September284
Oktober65
November325
Disember468
2014Januari1374
Febuari1243
Mac1695
April5942
Mei6010
Jun2883
Julai7317
Ogos11018
September14631
Oktober35105
November33844
Disember42374
2015Januari23349
Febuari13773
Mac16650
April27495
Mei20829
Jun21767
Julai77874



Pada tahun pertama blog ini dilancarkan (eceh) pada 2013, bilangan pageview bulanan tak pernah pun nak cecah angka 1000!

Masuk tahun 2014, Yana mula serius untuk menjana pendapatan dengan Shaklee. Jadi boleh dikatakan inilah permulaannya bagaimana Yana bersemangat untuk sentiasa update blog ini dengan entry yang terbaru. Januari 2014, blog ini mula hit angka 1000 PV yang pertama. Alhamdulillah.

Bulan-bulan seterusnya mula menyaksikan blog ini hit angka 1000 PV secara konsisten.


"TAPI: Angka PV tersebut seolah-olah stuck pada angka 1000 je".

YA walaupun jumlah PV menunjukkan sedikit peningkatan, namun selama 3 bulan hasilnya tetap stuck pada angka 1000 sahaja. Tipulah Yana cakap Yana tak kecewa bila bilangan pengunjung tak juga meningkat.


.
Bermulanya blogwalking...

Bulan Mac 2014, Yana buat keputusan untuk meningkatkan aktiviti blogwalking ke blog-blog lain. Blogwalking merujuk kepada aktiviti mengujungi ke blog-blog lain sambil meninggalkan link @ pautan ke blog kita.

Blogwalking boleh meningkatkan bilangan pengunjung ke blog apabila kita meninggalkan backlink dengan kaedah yang betul.

Sekurang-kurangnya, pemilik blog itu sendiri biasanya kan melawat blog anda sekiranya anda meninggalkan link anda. Ianya adalah amalan biasa dan sebagai tanda terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi blog mereka dan meninggalkan komen.

JANGAN SPAM: Jangan buatkan komen anda kelihatan seperti SPAM!

Sekiranya anda berhasrat untuk meninggalkan link blog anda dimana-mana sahaja, pastikan blog tersebut mempunyai ruangan comment luv. Jikalau boleh, pastikan link yang ditinggalkan mempunyai kaitan keyword untuk memberikan hasil yang terbaik kepada blog anda nanti.

ELAKKAN: Tolong jangan tinggalkan link tanpa sebarang komen. Ataupun komen yang jelas menunjukkan anda hanya blogwalking sahaja. Komen-komen seperti "Jom singgah, bagusnya artikel ini......." memberi isyarat kepada pemilik blog bahawa anda hanyalah singgah ke blog mereka untuk tujuan blogwalking sahaja.

Sebolehnya, baca artikel tersebut secara keseluruhan dan fahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Setiap penulis berusaha mengeluarkan idea untuk menulis, dan sudah pasti mereka akan menghargai komen pengunjung yang menunjukkan pengunjung membaca artikel mereka. Teknik ini boleh convert blogger tadi untuk menjadi penunjung setia blog anda pula!



Apa LAGI yang Yana boleh buat?

Statistik bulan April dan Mei menunjukkan peningkatan ketara dengan blog ini mula mencatatkan PV bulanan sebanyak lebih 5K. Kenapa statistik bulan Mei boleh meningkat? Apa Rahsianya?

BERKESAN : Yana membuat 2 langkah berikut.

Gunakan PING Aggregator!

Mungkin ada dalam kalangan kita yang belum arif dengan ping aggregator. Ping aggregator adalah satu laman web yang berfungsi menghimpunkan pelbagai laman web untuk pengunjung mereka. Jadi, pengunjung yang berkunjung ke laman aggregator boleh membaca pelbagai niche artikel mengikut selera mereka. 


Antara laman aggregator yang Yana gunakan adalah Ping Busuk (kini dikenali sebagai Babab.net) BlogR, dan sebagainya.


Mula menggunakan domain Dot Com

Encik Tunang mencadangkan agar Yana menggunakan domain dot com dan menggunakan template blog yang responsive dan mesra mobile. Pada mulanya Yana beranggapan sekadar menggunakan domain blogspot sudah mencukupi. Namun pertanyaan dari Encik tunang menimbulkan persoalan, bolehkah blog ini pergi dengan lebih jauh lagi?







Segala-galanya diuruskan oleh dia. Tukar template dan setting blog sebaiknya. Dan juga proses penukaran domain blogspot kepada domain dot com dilakukan pada bulan Mei 2014. Akhirnya secara rasmi blog eelleebeauty.blogspot.com bertukar kepada eelleebeauty.com sahaja.


Betulkah domain dot com boleh bantu optimizekan SEO?

Pada mulanya timbul keraguan di hati Yana, tambah lagi bila statistik bulan Jun 2014 menunjukkan bilangan PV menjunam kepada 2K sahaja.

Encik Tunang terpaksa memberikan penjelasan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Rupa-rupanya proses penukaran domain tadi telah membuatkan backlink-backlink lama tidak lagi laku (kononnya) kerana google masih belum lagi mengenali domain dot com yang baru. Sebenarnya sekiranya kita beralih dari domain blogspot, entry lama secara automatiknya bakal mengalami proses re-direct kepada domain dotcom yang baru. Namun, proses ini mengambil masa yang lama untuk dibuat oleh Google Bot Crawler kerana terdapat berbillion trillion laman web dan blog di dunia ini. Dan inilah yang berlaku...


Jadi Yana terpaksalah melakukan proses blogwalking kembali untuk mendapatkan backlink-backlink yang baru.



Keadaan bertambah pulih...

Dan segala-galanya pulih kembali pada bulan berikutnya Julai apabila jumlah PV meningkat kepada 7K.

Dan pada Oktober 2014, Eellee Beauty mencatatkan purata PV 1K sehari apabila jumlah PV bulanan mencecah angka 35, 105 PV.


Kenapa PV merosot??

Yana telah melansungkan perkahwinan pada bulan September 2014. Mungkin kerana faktor tersebut, Yana terlebih rajin untuk update blog. hehe. Dan PV Eellee Beauty meningkat kepada 42K pada bulan berikutnya.

Rezeki tertulis bahawa Yana disahkan mengandung pada bulan November. Pada mulanya, Yana berjaya juga dalam membahagikan masa untuk menguruskan rumah tangga, kerja dan berblogging. Tetapi, bila masuk bulan kedua dan ketiga mengandung, alahan mula mengambil-alih.

Yana terpaksa berhenti 2,3 bulan juga daripada update blog ini. Kalau adapun Yana hanya draftkan sahaja tetapi terpaksa ditangguh dahulu kerana tak dapat nak proofreading artikel tersebut.


Keterujaan kembali. Yeah!

Pada bulan April 2015, Yana mula aktif sedikit untuk berblogging semula apabila keadaan kesihatan telah mengizinkan.

Hati berbunga. 

Pada bulan Julai sekali lagi Encik Suami memberi cadangan yang mengejutkan, iaitu menukar kepada template yang baharu. Yana sebenarnya berbelah bahagi kerana risau ada after effect. Namun Encik Suami memberikan jaminan bahawa template baru ini lebih mesra SEO serta yang paling PENTING, ianya loading rate nya lebih laju. 





Alhamdulillah ditambah dengan sedikit perubahan targetting yang dibuat menggunakan Google Webmaster, traffik akhirnya meningkat pada bulan Julai apabila kali pertama blog ini mencapai kira-kira 80K PV sebulan. Semua ini hanya menggunakan teknik SEO dan fanpage biasa sahaja. 



Kini, jumlah PV maintain 2K daily walaupun Yana hanya update 11 artikel pada bulan Ogos yang lepas.


{ 9 comments.. read them below or add one }

Along Polimas Along Polimas 9 September 2015 1:16 PTG
memang terbaikk la sis..
Lagi best jika sis kongsikan beberapa ping agiggator atau apa2 sumber yang sis guna dalam meningkatkan PV blog sis..

Saya juga ada blog www.alongmisuari.com yang masih muda mentah dan banyak kali yang perlu dibaiki..Jika ada sebarang cadangan sila komen di blog saya ya sis..
Eellee Nana Eellee Nana 9 September 2015 3:19 PTG
Tq Along kerana sudi singgah sini. Sebenarnya saya ada kongsikan beberapa ping aggregator di bawah tu, antaranya ping busuk dan Blogr.

Saya pun tak ada nak bagi tips sangat sebenarnya kerana perkara ini subjektif. Cuma kalau boleh, perbaiki dan perbanyakkan konten.

Cuba update blog at least satu post sehari sekiranya usia blog masih baru. Buat perkara ini dan maintain sehingga 3 bulan. Inshaallah PV dan ranking blog anda akan meningkat di mata Google
Eellee Nana Eellee Nana 9 September 2015 5:03 PTG
To: Sis Qisya

Tq sudi singgah sini ya!

Actually dulu pernah guna adsense. Dan adsense bagi warning sebab ada ping busuk pun masukkan coding adsense mereka kalau guna widget mereka. Sekarang saya dah tak guna widget lagi walaupun traffik tak banyak macam widget.

Domain sememangnya banyak membantu. Kalau tak percaya, buat satu blogspot dan domain .com. Guna title blog yang sama misalnya 'bacabuku.com' dan 'bacabuku.blogspot.com'.

Konpem .com beat blogspot dengan mudah sekali.

Bab konten, saya pun tak berapa pandai nak hasilkan konten bermutu. Tetapi seboleh-bolehnya, saya cuba kekal dengan niche yang saya minat seperti kecantikan, parenting, kesihatan dan masakan.
Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie 9 September 2015 5:13 PTG
penerangan yang sangat jelas.. membantu blogger yang lain.. cik en dalam proses BW setelah bertahun bz dengan kerja.. terima kasih sangat2 menyediakan artikel ini
Eellee Nana Eellee Nana 9 September 2015 5:46 PTG
Hihi. Tq awak sebab sudi singgah sini. Saya selalu baca bijak pandai berkata, "semakin banyak benda kita kongsikan, semakin banyak ilmu yang kita dapat".

Inshaallah semoga bermanfaat untuk semua.

Banyak lagi sebenarnya yang kita boleh belajar dari blogger otai. Ada seorang kenalan saya, blog dia boleh dapat 500k PV hanya melalui satu boosting post dengan bantuan fanpage 5juta likers. Satu artikel sahaja!

Itulah yang dinamakan teknik masing-masing. Kita yang tiada fanpage power ni hanya boleh berharap dengan teknik SEO sahaja. Hihi. Inshaallah boleh buat dengan istiqamah dan teknik yang betul
Along Polimas Along Polimas 15 September 2015 8:20 PTG
Alhamdulillah...
Post masih 1post setiap hari kekadang ada juga terbabas hingga 2 hari 1 post...
aggregator babap.net n beberapa dah ada..
Konten is king for SEO..
AnAk dEneSor AnAk dEneSor 17 September 2015 3:54 PTG
wah! terima kasih kongsi ilmu..nak try la ni..bersungguh2 teman..hahah hye slmat berkenalan
Eellee Nana Eellee Nana 21 September 2015 7:58 PTG
Selamat berkenalan jugak. Hihi. Tq sudi singgah.
Roland Jb Roland Jb 22 Ogos 2016 11:01 PG
Pengalaman mengajar kita untuk berjaya... artikel yang senang difahami. Nak tanya, apakah website yang menyediakan pembelian domain secara 'online banking' di malaysia?

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.