Bayi anda kerap terjaga? Mungkin ini sebab yang mengganggu tidur mereka.

7 Sebab Baby Suka Bangun Tengah Malam sehingga Ibu Tersengguk-sengguk Mengantuk

Assalamualaikum. Ketika Yana sedang menaip entry ini, mata layu mengantuk sebab tak cukup tidur. Lumrah lah kan tak cukup tidur bila ada anak kecil ini. Alkisahnya semalam Aliff kejut mommy pukul 3 pagi. 

Boleh dikatakan Aliff kerap terjaga pada tengah malam. Antaranya sebab Aliff suka bangun tengah malam ialah nak minum susu, lampin basah dan banyak lagi sebabnya.



Di sini, Yana nak kongsikan beberapa sebab baby suka bangun tengah malam. Apa yang akan Yana kongsikan ini ialah berdasarkan pengalaman Yana sendiri selama 3 bulan bergelar ibu.

7 Sebab Kenapa Baby Suka Bangun Tengah Malam

Sebab #1: Kelaparan

Kelaparan memang sinonim dengan baby. Sepanjang malam Aliff akan terjaga minimum 3 kali akibat lapar. Nak tahu bayi lapar ke tak, kita tengok gerak mulutnya. Baby yang lapar akan menggerakkan bibirnya. Bayi yang baru l

 
Sebab #2: Lampin basah 

Bila lampin basah sedikit, Aliff mulalah bangun. Bila lampin basah, bayi akan rasa tidak selesa. Tugas kitalah sebagai ibu untuk bangun dan tukar lampin. Bila lampin dah kweing, kembali lena lah Aliff tidur. 
 

Sebab #3: Terlalu panas atau sejuk

Aliff sangat sensitif pada suhu. Panas pun tak boleh, sejuk pun tak boleh. Semasa nak tidur, pastikan suhu bilik tidur sesuai. Selain itu, pakaikan baju yang sesuai untuk bayi tidur. Inshaallah baby akan tidur lena bila selesa. 


 Sebab #4: Tidur siang terlalu lama

Tidur waktu siang ini bagus. Tetapi jika tidur waktu siang terlalu lama, ia boleh mengganggu waktu tidur malam. Untuk bagi baby tidur lena pada waktu malam, biarkan baby bermain puas-puas pada waktu siang. 


Sebab #5: Keadaan bilik yang terang

Tidur dalam bilik terang boleh mengganggu waktu tidur. Kita sebagai orang dewasa pun tak suka tidur dal lampu yang terang. Sebaiknya tidur dalam lampu yang malap untuk bagi baby tidur dengan selesa.

Sebab #6: Baby sakit

Bila baby sakit seperti demam, baby akan kerap terjaga malam. Oleh itu, mommy and daddy kenalah bersiap sedia untuk berjaga malam. Biasanya bila dalam keadaan anak sakit, mommy and daddy tak lena tidur dibuatnya.

Sebab #7: Mimpi / Mengigau

Kadang-kadang Aliff terjaga malam, tiba-tiba saja menangis. Mata pejam tapi menangis. Ini sah dah mimpi atau pun mengigau. Bila baby tiba-tiba menangis, cepat-cepat ambil pujuk sebelum melarat.

Baby bangun tengah malam ini sudah menjadi kebiasaan. Mommy and daddy kena bersedia mental dan fizikal sahaja. Baby bangun tengah malam ini ada yang bagusnya seperti baby lapar nak menyusu, lampin basah dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, jika baby bangun tengah malam terlalu kerap, ia boleh mengganggu tidur baby. Jika kurang tidur, ia boleh meletihkan tubuh badan baby.

Semoga bermanfaat. Sebarkan kebaikkan.

 

3 comments.. read them below or add one

Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof 10 September 2015 1:13 PTG
mmg sejak jadi mommy ni,tido pun lintang pukang..masa pun banyak yang susah nak diuruskan..tetapi berbaloi bila tgk anak kan
Eellee Nana Eellee Nana 10 September 2015 10:54 PTG
Yup. Jadi mommy ni jangan ingat kerja yang senang tau. Kerja ini 24 jam!

Tetapi perasaan dapat menjaga anak dan keluarga, tambahan lagi melihat anak membesar di depan mata sendiri adalah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sangat puas hati!
yaya cendana yaya cendana 23 September 2015 3:39 PTG
hai...Yaya Cendana BW (NO.5) dari blog uzu Emas Putih BW sini....dah follow sini...harap sudi follow yaya blek.. :) mohon komen murni di sini...tq... :)

http://www.yayacendana.com/2015/09/review-telur-pindang-nordin-terkenal-di.html

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.