Bila Obama komen kat Facebook, 60 ribu orang menyukainya

Kadang-kadang kita terfikir, apakah yang dibuat oleh pemimpin, artis, pelakon dalam kehidupan mereka seharian. Misalnya, apakah Datuk Seri Najib Razak buat pada hari ini? Apakah dia turut sama bermain facebook macam kita semua ni?

Seperti mana kita rakyat Malaysia mempunyai pemikiran sebegitu, begitu jugalah yang berlaku kepada rakyat Amerika Syarikat dan juga seluruh dunia. Semuanya terkejut apabila Presiden Amerika Syarikat yang mungkin boleh dikategorikan sebagai antara manusia tersibuk di dunia sempat membaca status fanpage "Humans of New York" atau HONY dan turut meninggalkan satu komen. 


Pemilik fanpage HONY adalah bernama Brendon, merupakan seorang blogger dan sememangnya dikenali ramai. Page yang memiliki sebanyak 15juta likes itu sememangnya menjadi makanan kepada ramai pihak kerana sering memuatnaik status yang menggamit perasaan pembacanya. Maka tidak hairanlah disebalik update algorithm yang dibuat oleh Facebook, status HONY tetap mendapat ratusan ribu likes kerana ianya mempunyai peminat yang tersendiri. 

Namun hari ini berlaku sesuatu yang tidak dijangka kerana Presiden Obama turut meninggalkan suatu komen di satu post HONY yang menceritakan pengalamannya yang berada di Iran. Status itu menceritakan kisah seorang ayah yang bercerita mengenai anaknya yang berumur 10 tahun. 

Cerita ayahnya, " Anaknya itu seorang yang sangat emosional. Dia sememangnya suka untuk menyelesaikan masalah yang dialami orang lain". 

"Pernah suatu ketika, mereka ke kedai untuk membeli 2 ekor burung kakak tua. Saya membiarkan anak saya itu membawanya pulang ke rumah. Dia berjalan di belakang saya sedikit sepanjang perjalanan. Kemudian, saya meminta untuk membimbit beg (yang mengandungi burung) tersebut, namun anak saya menjawab, "Tak boleh". 

"Saya dah pun memberikannya kepada orang lain (melepaskannya) ". Saat itu, si Bapa menyedari bahawa dia kini membesarkan seorang yang 'berperikemanusiaan'. 



Tersentuh dengan kisah tersebut, Obama meninggalkan satu komen dengan menggunakan page The white House. Bagaimanakah umum mengenali Barack Obama disebalik page itu?

Sememangnya telah diketahui umum bahawa semua media sosial Mr Obama dikendalikan sekumpulan pakar sosial media dari Twitter, Facebook dan sebagainya. Namun ada kadangkalanya Obama akan turut mengemaskinikan akaun sosial medianya sendiri dengan munggunakan signature/tandatangan "-bo". 

Jadi komen page verified The White House yang mempunyai tandatangan "-bo" itu diterima umum sememangnya ditinggalkan oleh Brack Obama. 

Dalam komen tersebut, Obama memuji bahawa kisah itu sememangnya memberikan inspirasi. 

"Ianya sangat memuaskan hati ibu bapa apabila kita berusaha menanamkan sifat-sifat terpuji ke dalam diri anak-anak, lalu anak-anak menterjemahkan nilai itu melalui perbuatan mereka ( merujuk kepada perbuatan si anak yang melepaskan burung tadi). Obama turut berharap bahawa anak itu nanti kan terus membantu mereka yang lain dan dia berazam untuk "menjadikan" dunia ini suatu tempat diaman anak itu dan semua anak anak yang lain untuk membesar berdasarkan potensi sebenar mereka. Obama turut berseloroh dengan mengatakan jikalau beliau mempunyai kesempatan untuk bertemu dengan anak tersebut, dia berharap anak itu ada menyimpan seekor burung kakak tua untuk dirinya. 

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.