Ini kaedah yang saya gunakan bila Internet kena potong...

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dengan syarikat pembekal perkhidmatan swasta, misalnya Astro, Digi, Yes 4G dan sebagainya...

Dan anda sangat tidak berminat untuk ke pejabat urusan mereka ekoran,

-kekurangan masa
-payah nak cari parking spot
-masalah belum tentu selesai 

.
Anda juga tidak suka membuat panggilan ke nombor Hotline mereka kerana,

-panggilan asyik disambung ke beberapa pegawai
-masa menunggu terlalu lama

.
.

Saya berpendapat bahawa menggunakan media sosial adalah langkah paling berkesan untuk menyelesaikan masalah anda. 

Mengikut pengalaman saya berurusan dengan syarikat Yes 4G,



Alkisahnya, perkhidmatan internet saya tiba-tiba bermasalah. Saya ada mendaftar khidmat pembayaran melalui auto-debit, tapi entah bagaimana timbul masalah berkenaan proses pembayaran dan akaun saya digantung. 



Saya memilih untuk menghubungi mereka melalui medium telefon pada permulaannya. 

Namun selepas 4 minit, saya berputus asa kerana belum dapat bercakap dengan pegawai mereka untuk menyelesaikan masalah saya. 

2. Jadi saya memilih untuk menggunakan medium kedua iaitu menerusi emel. 

Saya menunggu sehingga 4 jam, namun hampa kerana tidak mendapat sebarang balasan. 

3. Kemudian saya memilih untuk menghubungi mereka menerusi media sosial iaitu di facebook rasmi mereka. 

Tidak sampai 10 minit selepas saya komen di fanpage rasmi mereka, komen saya dibalas. 

Mereka meminta saya untuk PM kan segala butiran yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah saya. 






KESIMPULAN. 

Sekiranya anda memerlukan penyelesaian segera, saya menyarankan anda agar berhubung dengan syarikat-syarikat ini menerusi media sosial mereka sama ada di facebook atau twitter. 

Kebanyakan syarikat ini memperuntukkan staff khas bagi menjaga akaun mereka, dan kebanyakannya boleh menyelesaikan masalah anda dalam masa 30 minit bagi sesetengah masalah. 

Yang penting, ianya PERCUMA!

Dan respons nya pantas. Hihi. 


..

JOM Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen ya. 

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.